Sunday 10 April 2016

Kota Kinabalu-Singapore-Vietnam-Korea day 5

 Vietnam-Vung Tau


Pagi ini kami di jemput oleh guide tempatan dan seorang driver jam 7.50am kami bergerak menuju ke Vung tau.Kenderaan kami hari ini ford suv/crossover.Sepanjang  perjalanan guide yang membawa kami bercerita tentang bandar Vung tau..dia  bagi tahu antara bandar di Vietnam Vung tau merupakan bandar yang paling kaya,bersih dan moden.

Jarak dari bandar Saigon ke Vung tau dua jam tiga puluh minit,guide kami menerangkan sebelum ini jalan raya tidak berturap dan sepanjang perjalanan buntut sakit di hentak oleh batu-batu dan keadaan jalan raya yang tidak rata.



masa menulis blog ne..terasa ingin sekali lagi datang ke tempat ini tapi tak tahu bila...

Saya suka melihat setiap pinggiran bandar ini di tanam dengan pelbagai jenis pokok bunga.Memang terbaik la arkitek lanskap bandar vung tau.

CHRIST HILL


Destinasi seterusnya adalah ke Christ Hill ,terletak di gunung Nho Vung tau Vietnam.Patung ini di bina pada tahun 1974 dan siap pada tahun 1993.Memiliki ketinggian 32 meter dan lebar lengan 18.3 meter.Lengan kiri dan kan hanya boleh memuatkan 3 orang dewasa slim.

Driver menurun kan kami di pintu masuk Christ Hill,guide kami berkata masa yang dia beri hanya satu jam,jika tak mampu naik atas cepat-cepat turun ke bawah.

Dari entrance gate Christ Hill kita perlu menaiki beratus anak tangga..


Namun jangan risau sebab di sepanjang menaiki tangga tersebut banyak pokok-pokok di tepian namun masa kami mendaki daun-daun banyak yang gugur.Cuaca pada masa ini suhu 39.c.Memang panas.



akan di update akan datang...

No comments:

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...