Saturday 10 October 2015

Kota Kinabalu - Bali - Korea Day 5

Seoul Korea- 10.10.2015


Setelah mengambil bagasi,kitaorang sinngah ke  Tourist Information tujuannya kita nak tanya cara nak  ke Hotel Mido Myeongdong. Saya tempah hotel ne melalui booking.com.Staff Information counter menyarankan kita orang menaiki bas limousine tambang hanya 10,000won  jika di bandingkan dengan menaiki taxi yang boleh mencecah 90,000 won.Alternatif lain dan paling murah adalah mengikuti subway namun bila melihat bagasi yang beratnya telah mencecah 17kg niat dibatalkan.



kena tunggu di sini



Airport Bus~ sangat selesa

                               

Tak ramai orang naik masa ini

                               


Memandangkan bas airport berakhir di Myeondong Station kami seterusnya menaiki taxi menuju ke Hotel Mido tambang taxi hanya 4000 won.Kami tiba di hotel pada pukul 8.50 pagi.Manager hotel menyarankan kami menitipkan bagasi kami dan berjalan keluar sementara bilik kami di sediakan.Namun kita orang hanya menunggu di lobi hotel,manager hotel sempat lagi mempelawa kami untuk menikmati sarapan pagi yang telah tersedia,namun kami tolak dengan baik,kita orang masih kenyang,20 minit selepas itu seorang staff hotel memanggil kami untuk chek in..Thank you very much because given our room immediately and many thanks to hotel manager in carrying our heavy luggages.Sempat melelapkan diri dalam masa 3 jam sebelum keluar untuk mencari makan tengahari.Hotel Mido memang sangat recomended dekat sangat dengan Hoehyoen subway station exit 1,Myeongdong 10 minit berjalan kaki,Shinsegae department store hanya dua minit berjalan kaki.


bilik kecil saja tapi memang puas hati stay dalam bilik ini hotel mido myeongdong
                     Tv berdepan dengan  katil ini..boleh santai-santai tengo drama,muzik atau film korea


ada almari



minyak  rambut,serum rambut losyen badan dan tangan,sikat rambut,cotton bud disediakan  dengan pecuma.Charger pelbagai guna juga di sediakan dalam bilik ini,kalau masih tak cukup boleh charge h/p kat lobi hotel.

saya suka shampoo & conditioner yang di bekalkan wangi dan rambut tak keras bila kering,body soap pun ok..

         
atas tiolet ne boleh gantung baju yang dah dibasuh,hotel ada sediakan khidmat dry cleaning berbayar tapi bukan dalam hotel manager akan panggil orang tu dan kita bayar terus dengan dobi tersebut.


Kami hanya berjalan mengelilingi Myeondong,Namdaemun dan Seoul.Shopping baju lagi di Pasar Namdaemun ada yang murah sangat tapi kualiti kain tak berapa lekat di hati yang mahal pun ada  .Bila sampai di hotel belek punya belek nampak pula made in vietnam,made in sri lanka..hehe..Tujuan keliling Seoul,Myeongdong dan Namdaemun sebenarnya nak cari restauran tapi kebanyakan tak masuk tekak,rata-rata ada campuran pork..nasib baik terjumpa satu restauran supply makanan vegeterian dan daging ayam..kita orang makan ayam saja lah..ayam goreng.



Kos hari ini :

~ Airport Limousine krw 10000
~Taxi from Myeongdong to Mido Hotel krw 4000
~ Lunch krw 15000
~Sweater krw 40000 x 2 ( murah lagi kalau beli di Parkson..)
~Dinner krw9000
~Hotel 270000 untuk 6 malam

No comments:

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...