Tuesday, 20 September 2016

INDONESIA : Medan Travel Day 1

Kota Kinabalu Airport-Klia-Kno

Hari yang di tunggu akhirnya tiba juga...
Perjalanan pagi ini di iringi hujan renyai,seperti biasa saya memanggil taxi yang sudah sekian lama saya kenal..

Driver : Morning..cik nak ke mana hari ini..travel  jauh lagi
Me : muka segan (dalam hati ) apa sal dia  tahu aku nak jalan ne..selamat pagi Encik..hehehe..ya jalan lagi ne



Mak dan my kakak jam 6 pagi dah tiba kat airport diaorang gerak ikut my bro p kerja.Sudah jumpa mereka dan berbual sekejap bawa mereka p breakfast kat MCD sementara tunggu my cousin family  sampai..

Kota Kinabalu International Airport
Wajah family yang ceria dan gementar lepas ne kena fly satu kapal lagi cian my mom and aunty..

KLIA..dah nak berlepas ne ke Medan...

Tiba di kaunter imigration KNo,pegawai tersebut bertanya pada saya...

Imi.staff: Bisa ngomong bahasa
Me : ya sudah tentu..ada apa masalah ya???
Imi.Staff : Buat apa datang Medan?
Me:Jalan-jalan..melancong ke Medan..sambil senyum simpul..
Imi .Staff : Berapa hari?
Me :5 hari sabtu ini 24.9.2016 balik Malaysia..( saya perhati my nieces juga di soal oleh pegawai di sebelah sana,dalam hati meski diorang ingat kami datang jumpa cowok kat sini atau nak minta $$$ teringat peristiwa Bali tahun lepas)
Imi.staff: Return ticketnya ada??kalu ngak ada bisa ikut saya masuk bilik        ( dengan senyum lebar pakcik imigresen memandang saya).
Me : Mesti ada encik..takkan saya mahu tinggal lama-lama di sini (sambil mengeluarkan travel itinerary AirAsia dari beg saya
Imi.staff : Ramai ya datang sini..mana yang lain??
Me : Mereka sudah di luar erm..kenapa mereka tak di soal?? tanya saya
Imi.staff : Memandang saya sambil tersenyum dan mengembalikan pasport dan travel itinerary saya.

Terdetik dalam hati..asal keluar dari luar Malaysia saja mesti kena tanya..fade up sangat lah,aku cuba menenangkan diri...ah itu random question saja dari mereka..

Tiba di arrival hall saya  mencari driver holding a card bearing my name but...  namun hampa tak ada pun atau pun supir tu dah balik.Jam menunjukkan 6.20pm waktu tempatan janji dengan driver 4.45 sampai airport.Teringat balik semasa di soal di imigresen tadi mesti sebab ini kan dah kena tinggal.

Family semua pun risau..aku hanya berkata tenang..kalau tak ada supir kita naik keretapi..keretapi depan mata saja.Saya kembali semula di balai ketibaan untuk mencari supir tersebut namun hampa.Terlihat simcard dan bertanya harga pada penjual tersebut.Sales girl  menjelaskan simcard /interent/calling harga 70,000 rupiah,malas nak fikir saya beli saja.



Seterusnya menelepon en.Vicky,empat kali call tak di jawab agaknya orang ne tengah sembahyang.Tengah asyik kawan saya dan my nieces guna hp ada calling dari encik Vicky.Lebih kurang  lima minit kemudian  encik supir pun datang,dia hentam saja sebut nama saya tapi dia jumpa dengan orang lain..hehehe..nice driver..harap-harap bagus sampai last kami di Medan.

Dalam perjalanan ke bandar Medan hujan turun dengan lebat singgah dinner dan request dari family yang lain minta bawa ke shopping complex untuk cari baju.Sebenarnya tugas pak supir hari ini hanya pick us from the airport bawa singgah makan and send to the hotel saja tapi dah terlebih request pula.

Encik supir : ala..hujan lebat ne..kenape tak bawe baju cukup-cukup datang Medan ( driver kami guna slang bahasa melayu semenanjung)
Family kat belakang jawab..kita orang nak beli baju kat sini la.


Nasi ayam penyek sedap sambal fuhh..menyengat lidah





Janji dengan Grand Impression hotel check in jam 9.00pm tapi sekarang dah 9.20pm..saya cuba call hotel tak berjawab pula.Resah juga manalah tahu diorang kanselkan booking kita orang.Call ke enam baru berjawab.Driver kat sebelah pula asyik menjeling last-last dia kata try call lagi.Sampai hotel jam 10 malam..Supir kami kata hotel yang saya booking tu tahun lepas beroperasi dan hotel yang sangat baik dan mendapat review yang sangat baik dari customer namun sangat sesak sebab di kawasan pasar buah.

Kaunter reception terletak  di level 2,lift kat sini perlu guna kad bilik kalau tak ada lift tak beroperasi.Di level 1 pula ada guard jaga di sebelah kanan hotel pasar buah dan di depan seberang jalan raya pula terdapat 7 eleven.



Image result for grand impression hotel

Depan ne ialah  kaunter receptions





superior twin room ada meja solek ada almari ada hair dryer

Image result for grand impression hotel
ini bilik my mom and aunty

Lepas mandi boleh lah tidur dengan lena..


sweet dream semua..hujan mengiringi malam kami di Medan..






Monday, 19 September 2016

Medan Sumatera Utara Indonesia

Medan Planning Trip 20.9.2016-24.9.2016

http://www.mapsofworld.com/indonesia/maps/indonesia-map.gif
Peta Indonesia
Kota Medan adalah ibu kota provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Kota ini merupakan kota terbesar di luar Pulau Jawa dan kota metropolitan terbesar ketiga di Indonesia setelah Jakarta dan Surabaya.Kota Medan merupakan pintu gerbang wilayah Indonesia bahagian barat dan juga sebagai pintu gerbang bagi para pelancong  untuk menuju objek wisata Brastagi di daerah dataran tinggi Karo, objek wisata penangkaran orang utan di Bukit Lawang, serta kawasan Danau Toba.

  Planning trip kita orang dari Kota Kinabalu ke KLIA2  dan Kuala Namu International Airport (KNO)
Sehari perjalanan...
Ini merupakan lokasi yang kita orang pilih namun ada satu lokasi bertambah iaitu Taman Wisata Iman Sitinjo Sidikalang


Kisahnya bermula di sini................

Sebulan yang lepas saya telah mendapat konfirmasi melalui whattsup dari admin clerk Yoga Rent A Car Medan juga di kenali sebagai Medan Star rent a car..Saya menyewa transport dengan driver dari syarikat ini dengan penuh rasa kepercayaan.Ada juga beberapa company atau driver persendirian yang saya hire namun sangat mendukacitakan  kerana mereka meminta deposit rm100,deposit 30% dari pakej yang di tawarkan dan ada juga yang memaksa minta deposit sebanyak rm1000.00 alasan mereka perlu confirmasi transport.

Saya tidak memikirkan apa-apa lagi selepas itu memandangkan jadual tugasan  yang di berikan sangat padat setelah bos-bos kecil tahu saya mengambil cuti selama 6 hari.Seterusnya pada 19.9.2016 jam 16.55pm saya menerima  whattsup dari admin Yoga rent a car mengatakan mereka silap memberi harga bagi transport toyota kijang  Innova,harga yang di iklankan dalam web mereka salah.Dalam whattups tersebut saya perlu memberikan idr100,000 perday untuk hotel dan makan supir.Harga transport juga di naikkan sebanyak satu juta perday.Saya rasa di permainkan oleh mereka.Bayangkan esok pagi 20.9.2016 jam 10.55am flight kami ke KLIA2-KNO.Besarnya rasa kepercayaan saya pada syarikat tersebut di manipulasi begitu saja.Tiba di rumah saya on komputer dan mula mencari maklumat transport di Medan.Dalam sibuk mencari di internet akhirnya saya terjumpa juga complaint mengenai company tersebut dari salah seorang warga Singapore rate yang di beri berbeza dengan email confirmasi dan bil yang di berikan oleh driver company tersebut.

Syukur pada yang yang maha Esa..akhirnya pada jam 9 malam saya mendapat pengesahan dari syarikat http://www.medanrentalcars.com/ transport yang saya booking memang berbaloi bagi saya ,5 days hanya 3juta tiga ratus ribu rupiah.Harga ini tidak termasuk entry fee dan ferry di Samosir.Driver pun sangat baik..memang service yang diberikan 8/10.Sepatutnya saya bagi rate 10/10 tapi dia tak tahu lokasi ke Nagahuta..it's ok..lokasi baru bagi mereka mungkin...Terima kasih banyak-banyak http://www.medanrentalcars.com/.Jika ada yang berminat bolehlah klik kat pautan tersebut.

Monday, 15 August 2016

Guangzhou China

Day 5 in China : 

Shenzen - Guangzhou


Guangzhou China

China Map

 All blocked

1.Instragram
2.Twitter
3.google

4.Facebook
6.Wikipedia

Untuk rujukan lanjut sila baca sini
Atau  di sini

Dari Shenzen ke Guangzhou....ceritanya bermula di sini

Selepas  check out dan bersarapan kita orang  berjalan kaki menuju ke mtr ke Lo Hu Port.Hotel Kaili ada menyediakan service shuttle bus secara percuma namun kami menolak tawaran itu sebab kami mahu berjalan-jalan melihat keadaan di sepanjang jalan.Hujan gerimis masih menemani perjalanan kami.
Setelah puas berjalan kaki kita orang pun turun ke basement floor untuk membeli token  dari Mtr Guamo ke Lo Hu Port token berharga  4 yuan.Selesai saringan custom dan kita orang bergerak turun menggunakan eskalator menuju mtr Lo Hu Port.
Kita orang tiba di Lo Hu terminal pada jam 10 pagi.."Mesin ticket ke Guangzhou kat mana ??" Saya memulakan bicara pada my friend. Bertanya pada manusia di sana ada yang goyang kepala dan ada yang berkata "outside...outside".Setelah mengucapkan terima kasih kita orang keluar dari bangunan nampak orang ramai berbaris panjang,saya cuba bertanya pada seorang staff di sana dia jawab "close..close".Tak kan dah habis ticket ke Guangzhou.
Berpusing keliling ulang alik mencari akhirnya jumpa juga nun di hujung dekat dengan border Shenzen -Hongkong terdapat banyak mesin ticket.Aku rasa senang hati sekali dan apabila di tekan mesin tu keluar bahasa Cina..ahh..so..how..hampir satu jam berada sambil melihat dan bertanya pada manusia yang membeli tiket tapi satu pun tak faham Bahasa English di sana saya bersuara pada rakan saya.Andainya kita tak dapat bantuan sehingga jam 2 pm kita gerak balik ke HongKong dan terpaksa booking tiket AirAsia HongKong-Kota Kinabalu.
Berdiri mundar mandir sambil bertanya pada manusia yang kelihatan ok tapi tak faham bahasa.Mengeluh seketika terfikir dalam hati banyak-banyak saya travel sendiri rasanya kat sini sangat complicated tak apalah try lagi bisik hati kecil saya. Sambil berdiri dan  melihat kelibat orang dalam hati hanya terfikir  berharap akan terjumpa  tourist dari Eropah atau USA ke dan nun di hujung sana tiga orang mat salleh berbaris di hadapan mesin di temani seorang lelaki Cina.Hati berbunga riang...kita orang bergerak ke arah mereka.Tanpa segan silu saya bertanya pada lelaki Cina tersebut dan nyata lelaki tersebut hanya faham perkataan Guangzhou selebihnya dia hanya menjawab dalam bahasa Cina slang apa saya pun tak tahu dan akhirnya saya tahu itu adalah bahasa Putonghua.Tambang bullet train dari Shenzen ke  Guangzhou Railway station 1st class 99.50 yuan beza dengan economy class 77.9 yuan.Untuk pembelian tiket di mesin visa China sangat di perlukan tak ada visa tak boleh beli..Setelah ticket berada di dalam tangan kita orang mengucapkan jutaan terima kasih pada lelaki tersebut..Thanks God..Bukan itu saja dia sampai menghantar kami ke pintu masuk kastam..Thank you very much sir..melepasi kastam rupanya kaunter tiket ada kat dalam . :(.
 Hahaha..anggap saja pengalaman travelling,pengalaman sesat,ketawa sesama sendiri sebab bingung berada di negara orang.Ramai orang yang tak faham bahasa Cina  que kat sini.

Sebenarnya mudah saja menggunakan mesin itu jika tahu bahasa Mandarin/Cina sebab apa yang saya lihat dia tekan butang mesin tu keluar perkataan yang saya sempat lihat Guangzhou dan dia bertanya mahu economy class atau 1st class dan pilih jam berapa keberangkatan dan swipe visa kat dalam pasport tu masukkan wang dan keluarlah ticket.
Satu jam menunggu akhirnya tiba turn kami untuk naik train ke Guangzhou.Departure time  ke Guangzhou setiap 15 minit ya..Jika takut terlepas mrt sila berbaris awal dekat pintu masuk sebab untuk menuju ke train jauh juga ya kelihatan semua orang berjalan laju dan ada yang berlari anak sebab masa di peruntukkan hanya 10 minit sahaja platform 8 untuk 1st class pula di hujung sekali.Masuk ke dalam train seorang wanita cina pula secara sengaja dan pura-pura tak tahu dia duduk di kerusi kami.Saya menunjukkan ticket saya dan wanita tersebut cabut balik semula ke kerusinya.

Perjalanan memakan masa satu jam,di setiap stop ada announcement dalam bahasa english,cina dan jepun so senanglah sikit,keluar dari train bagai tak percaya ramainya orang dan apabila keluar dari terminal lagi ramai orang dengan bau urinnya di sana sini .Kira selamat kot Guangzhou ne sana sini ada polis,tentera,ambulans pun ada standby.Kerana tersangat ramai orang kita berbaris pula menaiki taksi semasa  berbaris  datang pula beberapa lelaki menawarkan kereta sapu.Saya jawab bahasa Melayu diam mereka terus.Tambang taxi ke Guangzhou Hotel 40 yuan kalau ikut mrt baru 8 yuan.



Ne no high speed bullet train dari Shenzen ke Guangzhou

Image result for haizhu square b3
mrt sebelah kiri Guangzhou hotel saja



Image result for haizhu square b3

Tiba di Guangzhou hotel rupa-rupanya mrt di sebelah kiri hotel je..mrt Haizhu Square Station exit B3

Deposit 500Yuan termasuk harga satu malam

Image result for haizhu square b3


lobi Guangzhou Hotel


Setelah meletakkan backpacker kami ke dalam bilik saya dan Tlyne keluar dari hotel untuk mencari makan,banyak restauran tapi tak masuk selera.Akhirnya kami memilih makan di McDonald.

Langkah di teruskan keliling mencari Sacred Heart Cathedral,dalam google map church ini tak jauh dari hotel Guangzhou dekat dengan bangunan toys.Jumpa juga akhirnya..

Image result for gereja guangzhou
Sacred Heart Cathedral Guangzhou

Sudah puas berfoto kita orang pun meneruskan langkah ke Pearl River

 Image result for ticket to pearl river guangzhou



Image result for pearl river guangzhou

Image result for ticket to pearl river guangzhou
Canton Tower ne sangat cantik dan warna lampu akan sentiasa bertukar ferry star akan stop dalam 20 minit  depan canton Tower ne


Bayaran ferry 90 yuan dapat free 500mls mineral water & bread

Lepas turun dari ferry saja  hujan turun renyai-renyai dan makin lebat,kita orang stop dekat pondok dan balik hotel.

Sambil berjalan mengintai facebook sendiri ternampak kata-kata dari rakan fb yang tidak di kenali di ruangan komen.

Dia: kan dah sesat bukan kah baik ikut travel ejen saja
Aku : Sesat perkara biasa... Betul, kelebihan tour adalah keselesaan. Kamu tinggal bayar, duduk selesa  dan nikmati perjalanan, tidak perlu membawa beg besar ke mana-mana, tidak perlu risau dan pening kepala  mau ke mana, tidak perlu bingung mau makan apa atau ikut transport di mana. Tapi saya sengaja tidak ikut tour, kerana saya ingin merasakan pengalaman, menikmati traveling dengan rileks dan dapat  berada bersama  dengan penduduk tempatan and feeling lost in translation, sedangkan kalau ikut tour kamu hanya akan dibawa ke tempat-tempat pelancongan dan terikat dengan  jadual yang ketat. Saya tidak suka seperti itu.
Dia: Siapa kata ikut travel ejen terikat dengan jadual????
Me : Saya lah..sebab saya pernah follow travel ejen bebrapa tahun yang lepas.
Dia: Speechless...
 

Sunday, 14 August 2016

Shenzen China Trip

3rd Day In China : Shenzen

Shenzen China



Route : Estimated Journey time ~ 50 minute



Subway : Yau Ma Tei (Green Line) -Mong Kok -Prince Edward-Shek Kip Mei- Kowloon Tong interchange to East Rail Line at Platform 1 Lo Wu /Lok Ma Chau ~ Tai wai - Sha Tin - Fo Tan- University - Tai Po Market -Tai Wo - Fanling -Sheung Shui - Lo Wu


To : Lo Wu Immigration Control Point

Sepanjang perjalanan menuju ke Lo Wu Station saya hanya berdiri tak dapat kerusi,mengisi kebosanan saya membaca buku yang sempat di beli kelmarin di Macau.Akhirnya sampai juga di border Lo Wu.Ramai sangat manusia menuju ke Shenzen.Setelah mengisi arrival form kita orang berbaris di imigresen.Oh ya kita orang tak apply Visa On Arrival sebab dah apply visa China sebelum fly ke HongKong tiga minggu yang lepas.Pemeriksaan imigresen kat sini sangat ketat ya.Arrival card yang kita isi tu tak pun diusik.Pegawai imigration hanya ambik note kecil masa kita tiba di Hong Kong International Airport saja.Lepas pemeriksaan imigresen Hong Kong kini kita tiba pula  ke  bahagian Imigresen China.Kat sini kena isi arrival form berwarna kuning tu



Image result for china arrival form
ini lah form yang kena isi tu sebelum baris ke imigration China

Jika tak apply visa ke Negara China dan hanya ingin masuk ke Shenzen boleh lah mengisi Visa On Arrival. Sebelum masuk ke kawasan China custom.Tiba saja di Lo hu ikut petunjuk arah ke Shenzen Sebelum tu kita kena melalui HongKong imigration terlebih dahulu.Jangan hilangkan kertas kecil semasa sampai di Hongkong Imigration pertama kali tu ya.
Selepas clear HongKong imigration terus berjalan kaki dan kita akan terlihat escalator di sebelah kiri,naik eskalator hingga ke level 2 dan masuk ke dalam pejabat isi borang dan ambil nombor.Bayaran visa 186yuan.



Perlu di ingat visa ini hanya untuk Shenzen saja jangan try bawa masuk ke Guangzhou dan sebagainya jika tidak mahu mendapat problem.Saya tertanya-tanya juga pada masa ini melihat ramai warga Indonesia bila tiba di imigresen China mereka di suruh keluar dan duduk di hujung sana.Entah apa masalahnya..

jauh lagi berjalan kaki menuju ke depan..



Sepanjang berada di Shenzen kenderaan yang kami gunakan adalah subway.Untuk menaiki subway perlu guna token.Caranya kita perlu tukar wang ke mesin tiket untuk mendapatkan token.Pilih stesen yang hendak di tuju dan jumlah token yang ingin di beli lalu masukkan wang dan token akan keluar di kotak mesin berserta dengan baki wang jika ada.
Shopping complex Luo Hu Commercial City pertama yang kita  lihat apabila keluar dari imigration Luo Hu naik eskalator ke level 1 shopping complex ini terletak di sebelah kanan.







Rasa lapar cari restaurant masuk semua restaurant full manusia yang tinggal hanya ini...

hehe..ini kali lah...menyesal kah saya..tidak..saya order nasi ayam hainan dan fresh orange jus

lepas makan  hajat nak ke shopping complex tapi jam sudah menunjukkan 2pm tak jadi la kita orang

Sampai sudah di Shenzen..hujan lagi..termenung seketika jika naik subway keluar subway mesti kena hujan.Akhirnya memilih untuk menaiki taksi.Sepanjang berjalan kaki kami di kejar oleh beberapa lelaki yang menawarkan khidmat kereta berharga 120 yuan dan di beri diskaun sebanyak 80 yuan.My friend yang keletihan memberi kata putus untuk mengambil offer tersebut tapi saya menentang keras.Hanya dua perhentian subway takkan semahal itu tak apa biar kita ikut taxi bermeter jika bayaran mahal sekalipun kita takkan menyesal.Alamat hotel di beri pada pemandu taxi bermeter tak sampai lima belas minit kita orang pun tiba di Shenzen Kaili Hotel.Bayaran yang di kenakan 22.7yuan....ndak kau kalau ikut transport lelaki penipu tu.berkali ganda dia charge.Sahabat saya hanya membisu.

Review tentang hotel ini,saya ambik dari http://www.booking.com/hotel/cn/shen-zhen-kai-li-bin-guan.en

Harga satu malam RM222 superior twin room with city view free breakfast tidak termasuk 15% service charge.Semasa check in hotel minta deposit 800 yuan termasuk harga hotel pernight.Bayaran semalaman 418.9yuan.Semua ok hotel bertaraf **** cuma wifi tak ok.





di sebelah  kiri hotel terdapat satu shopping complex berjalan kaki sehingga jumpa metro Guamo exit D




Sebenarnya hotel ne ada bagi free shuttle bus ke Lo Wu Port - Kaili Hotel




Window Of The World

Di luar hujan renyai-renyai masih turun sebenarnya planning kita orang ne ada tiga lokasi yang harus di jelajahi iaitu Windows Of The World,Route : 28 minutes

ambil line 1( hijau) dan stop di Windows Of The World terdapat 13 perhentian,jarak perjalanan lebih krang 28 minit.Senang saja ke sana dah sampai Station WOW keluar dari station sampai lah kawasan perkarangan Window of The World.Token berharga 5 yuan.Paling baik beli return token di sebabkan masa nak balik dari WOW nanti banyak mesin out of service dan tersangat ramai orang berbaris untuk membeli token.Mesin juga sangat cerewet tidak menerima wang lama,berlipat.Saran saya jika nak round WOW datang awal agar dapat cover semua tempat.jangan seperti kami tiba di sana pada jam 4pm memang tak dapat cover semua lokasi.


Entrance fee RMB200



wow map










Image result for windows of the world shenzhen



Image result for windows of the world shenzhen















Masa ne hujan rintik-rintik terpaksa balik sebab lupa bawa payung

Tiba di terminal mrt ramainya orang dan 5 kali berbaris ke tiket mesin wang kertas dan coin langsung tak di terima oleh mesin hampir dua jam berada di sana dan setelah 5 kali menukar wang kertas dan coin akhirnya berjaya juga mendapat token.

Tiba di Guamo mrt pada jam 9.50pm,kita orang mencari kedai makan  dan naik ke shopping complex bersebelahan dengan hotel Kaili,banyak dah restaurant tutup .Akhirnya memilih KFC restaurant.

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...