Monday 15 August 2016

Guangzhou China

Day 5 in China : 

Shenzen - Guangzhou


Guangzhou China

China Map

 All blocked

1.Instragram
2.Twitter
3.google

4.Facebook
6.Wikipedia

Untuk rujukan lanjut sila baca sini
Atau  di sini

Dari Shenzen ke Guangzhou....ceritanya bermula di sini

Selepas  check out dan bersarapan kita orang  berjalan kaki menuju ke mtr ke Lo Hu Port.Hotel Kaili ada menyediakan service shuttle bus secara percuma namun kami menolak tawaran itu sebab kami mahu berjalan-jalan melihat keadaan di sepanjang jalan.Hujan gerimis masih menemani perjalanan kami.
Setelah puas berjalan kaki kita orang pun turun ke basement floor untuk membeli token  dari Mtr Guamo ke Lo Hu Port token berharga  4 yuan.Selesai saringan custom dan kita orang bergerak turun menggunakan eskalator menuju mtr Lo Hu Port.
Kita orang tiba di Lo Hu terminal pada jam 10 pagi.."Mesin ticket ke Guangzhou kat mana ??" Saya memulakan bicara pada my friend. Bertanya pada manusia di sana ada yang goyang kepala dan ada yang berkata "outside...outside".Setelah mengucapkan terima kasih kita orang keluar dari bangunan nampak orang ramai berbaris panjang,saya cuba bertanya pada seorang staff di sana dia jawab "close..close".Tak kan dah habis ticket ke Guangzhou.
Berpusing keliling ulang alik mencari akhirnya jumpa juga nun di hujung dekat dengan border Shenzen -Hongkong terdapat banyak mesin ticket.Aku rasa senang hati sekali dan apabila di tekan mesin tu keluar bahasa Cina..ahh..so..how..hampir satu jam berada sambil melihat dan bertanya pada manusia yang membeli tiket tapi satu pun tak faham Bahasa English di sana saya bersuara pada rakan saya.Andainya kita tak dapat bantuan sehingga jam 2 pm kita gerak balik ke HongKong dan terpaksa booking tiket AirAsia HongKong-Kota Kinabalu.
Berdiri mundar mandir sambil bertanya pada manusia yang kelihatan ok tapi tak faham bahasa.Mengeluh seketika terfikir dalam hati banyak-banyak saya travel sendiri rasanya kat sini sangat complicated tak apalah try lagi bisik hati kecil saya. Sambil berdiri dan  melihat kelibat orang dalam hati hanya terfikir  berharap akan terjumpa  tourist dari Eropah atau USA ke dan nun di hujung sana tiga orang mat salleh berbaris di hadapan mesin di temani seorang lelaki Cina.Hati berbunga riang...kita orang bergerak ke arah mereka.Tanpa segan silu saya bertanya pada lelaki Cina tersebut dan nyata lelaki tersebut hanya faham perkataan Guangzhou selebihnya dia hanya menjawab dalam bahasa Cina slang apa saya pun tak tahu dan akhirnya saya tahu itu adalah bahasa Putonghua.Tambang bullet train dari Shenzen ke  Guangzhou Railway station 1st class 99.50 yuan beza dengan economy class 77.9 yuan.Untuk pembelian tiket di mesin visa China sangat di perlukan tak ada visa tak boleh beli..Setelah ticket berada di dalam tangan kita orang mengucapkan jutaan terima kasih pada lelaki tersebut..Thanks God..Bukan itu saja dia sampai menghantar kami ke pintu masuk kastam..Thank you very much sir..melepasi kastam rupanya kaunter tiket ada kat dalam . :(.
 Hahaha..anggap saja pengalaman travelling,pengalaman sesat,ketawa sesama sendiri sebab bingung berada di negara orang.Ramai orang yang tak faham bahasa Cina  que kat sini.

Sebenarnya mudah saja menggunakan mesin itu jika tahu bahasa Mandarin/Cina sebab apa yang saya lihat dia tekan butang mesin tu keluar perkataan yang saya sempat lihat Guangzhou dan dia bertanya mahu economy class atau 1st class dan pilih jam berapa keberangkatan dan swipe visa kat dalam pasport tu masukkan wang dan keluarlah ticket.
Satu jam menunggu akhirnya tiba turn kami untuk naik train ke Guangzhou.Departure time  ke Guangzhou setiap 15 minit ya..Jika takut terlepas mrt sila berbaris awal dekat pintu masuk sebab untuk menuju ke train jauh juga ya kelihatan semua orang berjalan laju dan ada yang berlari anak sebab masa di peruntukkan hanya 10 minit sahaja platform 8 untuk 1st class pula di hujung sekali.Masuk ke dalam train seorang wanita cina pula secara sengaja dan pura-pura tak tahu dia duduk di kerusi kami.Saya menunjukkan ticket saya dan wanita tersebut cabut balik semula ke kerusinya.

Perjalanan memakan masa satu jam,di setiap stop ada announcement dalam bahasa english,cina dan jepun so senanglah sikit,keluar dari train bagai tak percaya ramainya orang dan apabila keluar dari terminal lagi ramai orang dengan bau urinnya di sana sini .Kira selamat kot Guangzhou ne sana sini ada polis,tentera,ambulans pun ada standby.Kerana tersangat ramai orang kita berbaris pula menaiki taksi semasa  berbaris  datang pula beberapa lelaki menawarkan kereta sapu.Saya jawab bahasa Melayu diam mereka terus.Tambang taxi ke Guangzhou Hotel 40 yuan kalau ikut mrt baru 8 yuan.



Ne no high speed bullet train dari Shenzen ke Guangzhou

Image result for haizhu square b3
mrt sebelah kiri Guangzhou hotel saja



Image result for haizhu square b3

Tiba di Guangzhou hotel rupa-rupanya mrt di sebelah kiri hotel je..mrt Haizhu Square Station exit B3

Deposit 500Yuan termasuk harga satu malam

Image result for haizhu square b3


lobi Guangzhou Hotel


Setelah meletakkan backpacker kami ke dalam bilik saya dan Tlyne keluar dari hotel untuk mencari makan,banyak restauran tapi tak masuk selera.Akhirnya kami memilih makan di McDonald.

Langkah di teruskan keliling mencari Sacred Heart Cathedral,dalam google map church ini tak jauh dari hotel Guangzhou dekat dengan bangunan toys.Jumpa juga akhirnya..

Image result for gereja guangzhou
Sacred Heart Cathedral Guangzhou

Sudah puas berfoto kita orang pun meneruskan langkah ke Pearl River

 Image result for ticket to pearl river guangzhou



Image result for pearl river guangzhou

Image result for ticket to pearl river guangzhou
Canton Tower ne sangat cantik dan warna lampu akan sentiasa bertukar ferry star akan stop dalam 20 minit  depan canton Tower ne


Bayaran ferry 90 yuan dapat free 500mls mineral water & bread

Lepas turun dari ferry saja  hujan turun renyai-renyai dan makin lebat,kita orang stop dekat pondok dan balik hotel.

Sambil berjalan mengintai facebook sendiri ternampak kata-kata dari rakan fb yang tidak di kenali di ruangan komen.

Dia: kan dah sesat bukan kah baik ikut travel ejen saja
Aku : Sesat perkara biasa... Betul, kelebihan tour adalah keselesaan. Kamu tinggal bayar, duduk selesa  dan nikmati perjalanan, tidak perlu membawa beg besar ke mana-mana, tidak perlu risau dan pening kepala  mau ke mana, tidak perlu bingung mau makan apa atau ikut transport di mana. Tapi saya sengaja tidak ikut tour, kerana saya ingin merasakan pengalaman, menikmati traveling dengan rileks dan dapat  berada bersama  dengan penduduk tempatan and feeling lost in translation, sedangkan kalau ikut tour kamu hanya akan dibawa ke tempat-tempat pelancongan dan terikat dengan  jadual yang ketat. Saya tidak suka seperti itu.
Dia: Siapa kata ikut travel ejen terikat dengan jadual????
Me : Saya lah..sebab saya pernah follow travel ejen bebrapa tahun yang lepas.
Dia: Speechless...
 

No comments:

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...