Sunday 14 August 2016

Shenzen China Trip

3rd Day In China : Shenzen

Shenzen China



Route : Estimated Journey time ~ 50 minute



Subway : Yau Ma Tei (Green Line) -Mong Kok -Prince Edward-Shek Kip Mei- Kowloon Tong interchange to East Rail Line at Platform 1 Lo Wu /Lok Ma Chau ~ Tai wai - Sha Tin - Fo Tan- University - Tai Po Market -Tai Wo - Fanling -Sheung Shui - Lo Wu


To : Lo Wu Immigration Control Point

Sepanjang perjalanan menuju ke Lo Wu Station saya hanya berdiri tak dapat kerusi,mengisi kebosanan saya membaca buku yang sempat di beli kelmarin di Macau.Akhirnya sampai juga di border Lo Wu.Ramai sangat manusia menuju ke Shenzen.Setelah mengisi arrival form kita orang berbaris di imigresen.Oh ya kita orang tak apply Visa On Arrival sebab dah apply visa China sebelum fly ke HongKong tiga minggu yang lepas.Pemeriksaan imigresen kat sini sangat ketat ya.Arrival card yang kita isi tu tak pun diusik.Pegawai imigration hanya ambik note kecil masa kita tiba di Hong Kong International Airport saja.Lepas pemeriksaan imigresen Hong Kong kini kita tiba pula  ke  bahagian Imigresen China.Kat sini kena isi arrival form berwarna kuning tu



Image result for china arrival form
ini lah form yang kena isi tu sebelum baris ke imigration China

Jika tak apply visa ke Negara China dan hanya ingin masuk ke Shenzen boleh lah mengisi Visa On Arrival. Sebelum masuk ke kawasan China custom.Tiba saja di Lo hu ikut petunjuk arah ke Shenzen Sebelum tu kita kena melalui HongKong imigration terlebih dahulu.Jangan hilangkan kertas kecil semasa sampai di Hongkong Imigration pertama kali tu ya.
Selepas clear HongKong imigration terus berjalan kaki dan kita akan terlihat escalator di sebelah kiri,naik eskalator hingga ke level 2 dan masuk ke dalam pejabat isi borang dan ambil nombor.Bayaran visa 186yuan.



Perlu di ingat visa ini hanya untuk Shenzen saja jangan try bawa masuk ke Guangzhou dan sebagainya jika tidak mahu mendapat problem.Saya tertanya-tanya juga pada masa ini melihat ramai warga Indonesia bila tiba di imigresen China mereka di suruh keluar dan duduk di hujung sana.Entah apa masalahnya..

jauh lagi berjalan kaki menuju ke depan..



Sepanjang berada di Shenzen kenderaan yang kami gunakan adalah subway.Untuk menaiki subway perlu guna token.Caranya kita perlu tukar wang ke mesin tiket untuk mendapatkan token.Pilih stesen yang hendak di tuju dan jumlah token yang ingin di beli lalu masukkan wang dan token akan keluar di kotak mesin berserta dengan baki wang jika ada.
Shopping complex Luo Hu Commercial City pertama yang kita  lihat apabila keluar dari imigration Luo Hu naik eskalator ke level 1 shopping complex ini terletak di sebelah kanan.







Rasa lapar cari restaurant masuk semua restaurant full manusia yang tinggal hanya ini...

hehe..ini kali lah...menyesal kah saya..tidak..saya order nasi ayam hainan dan fresh orange jus

lepas makan  hajat nak ke shopping complex tapi jam sudah menunjukkan 2pm tak jadi la kita orang

Sampai sudah di Shenzen..hujan lagi..termenung seketika jika naik subway keluar subway mesti kena hujan.Akhirnya memilih untuk menaiki taksi.Sepanjang berjalan kaki kami di kejar oleh beberapa lelaki yang menawarkan khidmat kereta berharga 120 yuan dan di beri diskaun sebanyak 80 yuan.My friend yang keletihan memberi kata putus untuk mengambil offer tersebut tapi saya menentang keras.Hanya dua perhentian subway takkan semahal itu tak apa biar kita ikut taxi bermeter jika bayaran mahal sekalipun kita takkan menyesal.Alamat hotel di beri pada pemandu taxi bermeter tak sampai lima belas minit kita orang pun tiba di Shenzen Kaili Hotel.Bayaran yang di kenakan 22.7yuan....ndak kau kalau ikut transport lelaki penipu tu.berkali ganda dia charge.Sahabat saya hanya membisu.

Review tentang hotel ini,saya ambik dari http://www.booking.com/hotel/cn/shen-zhen-kai-li-bin-guan.en

Harga satu malam RM222 superior twin room with city view free breakfast tidak termasuk 15% service charge.Semasa check in hotel minta deposit 800 yuan termasuk harga hotel pernight.Bayaran semalaman 418.9yuan.Semua ok hotel bertaraf **** cuma wifi tak ok.





di sebelah  kiri hotel terdapat satu shopping complex berjalan kaki sehingga jumpa metro Guamo exit D




Sebenarnya hotel ne ada bagi free shuttle bus ke Lo Wu Port - Kaili Hotel




Window Of The World

Di luar hujan renyai-renyai masih turun sebenarnya planning kita orang ne ada tiga lokasi yang harus di jelajahi iaitu Windows Of The World,Route : 28 minutes

ambil line 1( hijau) dan stop di Windows Of The World terdapat 13 perhentian,jarak perjalanan lebih krang 28 minit.Senang saja ke sana dah sampai Station WOW keluar dari station sampai lah kawasan perkarangan Window of The World.Token berharga 5 yuan.Paling baik beli return token di sebabkan masa nak balik dari WOW nanti banyak mesin out of service dan tersangat ramai orang berbaris untuk membeli token.Mesin juga sangat cerewet tidak menerima wang lama,berlipat.Saran saya jika nak round WOW datang awal agar dapat cover semua tempat.jangan seperti kami tiba di sana pada jam 4pm memang tak dapat cover semua lokasi.


Entrance fee RMB200



wow map










Image result for windows of the world shenzhen



Image result for windows of the world shenzhen















Masa ne hujan rintik-rintik terpaksa balik sebab lupa bawa payung

Tiba di terminal mrt ramainya orang dan 5 kali berbaris ke tiket mesin wang kertas dan coin langsung tak di terima oleh mesin hampir dua jam berada di sana dan setelah 5 kali menukar wang kertas dan coin akhirnya berjaya juga mendapat token.

Tiba di Guamo mrt pada jam 9.50pm,kita orang mencari kedai makan  dan naik ke shopping complex bersebelahan dengan hotel Kaili,banyak dah restaurant tutup .Akhirnya memilih KFC restaurant.

No comments:

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...