Wednesday 18 January 2017

INDONESIA : YOGYAKARTA -Day 6


 YOGYAKARTA day 6

Hari ke dua terakhir..harapan semoga perjalanan hari ini lebih baik dari kelmarin.Kita bertiga bersaudara guest pertama datang menjamu selera di restaurant hotel.

Jom breakfast kat hotel....




tak ada tamu lagi kita bertiga saja



hotel ne mempunyai security yang baik tak ada room card tak boleh masuk lift


Dah kenyang kita naik ke atas lagi sementara menunggu jam 8 pagi.
Lokasi pertama hari ini ialah...

WISATA ALAM KALIBIRU


hari ini kelihatan cuaca sangat cerah harap-harap tak hujan lah


sawah padi..nice view

tak lama lagi sampai

entrance fee
parking fee 10,000 rupiah
mobil fee 15,000 rupiah

Jom meronda

ada fee di kenakan untuk naik jambatan atas pokok

Dah ramai orang bergambar

Jangan takut sesat..

Rachel my brother daughter

macam gayat tengok dia naik

Kita peserta no.99 ramai orang masa ne

nampak rendah tapi tinggi pokok tu

masih tunggu turn

gambar atas pokok tak lawa malas nak letak kat sini :(

teka..mana satu kereta sewa kita orang


Jam 12 tengahari pak supir bawa kita orang p lunch

murah dari menu kelmarin..kedai makan tepi sawah

dah kenyang..jom kita teruskan ke Pantai Parangritis...
aku:..ermm..pak eko kenapa jalan menuji kota?
Pak Eko : diam tanpa jawaban
aku :..Pak..itinerary kita lepas ne ke pantai ya??
Pak Eko : menurut manager hari ini ke Kalibiru ajo
sambit mengeluarkan h/p ku tunjukkan whattsup aku dengan admin Rental Car Jogja
Pak Eko:Maaf..salah faham

pak eko ini dah tua kalau penat ngak usah kerja biar rehat duduk rumah aja

PANTAI PARANGRITIS

Entrance fee lima ribu rupiah
mobil lima ribu rupiah
parking 10 ribu rupiah


pak eko lupa agaknya dia bagi tiket masuk ne dekat adik saya

di larang mandi tapi ramai juga orang mandi

ini bapak pun asyik ikut saya dari masuk ke pantai ne saya ke sana dia ikut
saya ke situ dia ikut rimas...
last-last bapak lukis wajah saya dengan bagus ya
akhirnya jauh panggang dari api..ketawa besar tourist dari China,Jepun dan Philipine
dah la bayar lima puluh ribu rupiah
tak apa lah..ku sedekahkan dengan niat ikhlas jika betul mereka tak ada wang beli beras



Bohong Pak Eko ketahuan akhirnya dia berhenti kat sini

PANTAI GUMUK PASIR

parking 15,000
mobil 10,000

driver kita orang ne asyik minta duit..



muka happy Rachel

 Jam 6 pm kita sampai depan hotel,langsung masuk bilik cuci muka buang air kecil dan bersiap ronda kaki lima..Jam 7 malam hujan lebat masa ne kita masih dalam shopping complex Malioboro nasib baik staff hotel paksa kita bawa payung dia kata nanti hujan lebat..memang benar.Sudah kenyang dan beli kainan kita orang pusing-pusing sekitar lima ratus meter tapi tak best sebab hujan.

Lastly p la lihat kainan tepi kaki lima kedai tu kita orang terus singgah di tepi-tepi kedai Malioboro..rasanya kain baju tak adalah yang menarik sangat,kualiti kain pun tak berapa ok .Tudung dengan kain ela berbaloi beli kat sini.Sesak dengan manusia tak berapa selesa pula dah hujan lebat.

late dinner 

kalau Malaysia KFC ne kotak je dia bagi
Lepas makan..jom balik rest..esok dah nak balik KK..

No comments:

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...