Monday 16 January 2017

INDONESIA :BALI ~ Day 4 -Transit 26 hours

~16 Januari 2017~

Sedikit review mengenai Dpraya Lombok Hotel,saya booking dua bilik iaitu Deluxe twin room dan Deluxe double total rm220 include breakfast untuk dua bilik.Bilik deluxe double saya tak ambil picture sebab malas nak masuk bilik adik.




ok lah bed ne selesa,tidur lena hingga jam 3.30pagi
 Hotel ne ada service restaurant 24 hour,jika  check out awal pagi hotel sediakan breakfast box dengan  3 jenis menu iaitu nasi goreng,mee goreng dan sandwich,porsinya besar sekali..Makanan ok sedap..

almari kain ada extra bantal

bathroom,shower room sebelah tu je

boleh la

hair dryer kena minta dekat receptions





tak habis tanda

room belakang kaunter reseption

blurr lagi..transport Dpraya hotel ( free shuttle to airport)
 Kalau nak p airport kena booking dari semalam,selain dari itu pihak management akan hantar whattsup pada kita jika nak service pick up transport dari airport.

kita orang tiba kat airport 5.20am,nasib baik naik Garuda Airlines



 Bye Lombok....ada rezeki lebih sihat tubuh badan,panjang umur jumpa lagi...



tu dia flight kita orang ATR72

breakfast dulu  padahal Dpraya hotel ada bagi breakfast box

kenyang..sedap

gunung apa tu...

Flight Garuda airlines selamat mendarat di airport Bali jam 7.10am.Hujan juga masa ini..



sempat bergambar di luar sementara menunggu driver yang dah di booking namun sehingga jam 8am kelibat driver tak muncul-muncul yang kita orang nampak petugas airport saja.

2nd time sampai di sini first time  bulan 10 2015 gara-gara nak dapat flight murah ke Korea

boring ne tunggu driver sudahlah di luar tu hujan lebat

suka tengok deco ne..cantik..tempayan kat kampung tu ada di jadikan rumah kura-kura


Mesej bapak Isme driver tak tiba lagi dia kata ada kat sana..kita orang berjalan ke kiri hujung dan ke kanan hujung langsung tak ada yang kelihatan semua staff airport dan beberapa orang bule,China dan Jepun.8.30am kami meneruskan langkah menunju ke Indo mart duduk kat sana sambil mesej dengan pak Isme lagi..tu drivernya Aris namanya ooo pandangan luaran macam kepop punya style je.Dalam hati budak ne macam tak betul saja.

Masuk dalam transport je dia tanya ke mana saya kata ikut lah dalam itinenary yang saya bagi sebulan lepas.Tapi masih lagi nak tanya..eh..pe la budak ne..kalau ikut gaya dia boleh jahanam syarikat rental car ne.

Satu hari ini dia asyik cakap kalau ada kawan-kawan,sedara mara atau orang lain kenalkan dia tak payah melalui pak isme.Rasanya orang ne tak betul lah..not recommended.Cara driving dia pun gegar jantung orang.Lagi satu jika  singgah satu lokasi dia ne pandai hilang tak macam driver lain yang alert dengan kita orang beberapa kali juga mesej pak Isme kita orang tunggu dia dekat kereta.

 Last soalan dari Aris "kakak nak ke mane??..boleh tak singgah di St.Fransiskus Church..Dekat mane tu? Aris bertanya lagi..church dekat mall tu..Kalau nak ke sana ada tambahan kak 50 ribu rupiah.."eh..dekat sini pun ada extra kah..tak apa nanti saya mesej pak Isme?


Goa Maria..




 Lepas 10 minit kita orang gerak ke kereta.."kak..pak Isme kata tak ada caj"..Sambil ketawa saya menjawab kan saya dah cakap..

 Destinasi seterusnya ke Jatiluwih Tabanan Bali

Entrance fee 40,000
mobil 5,000 

Beautiful view of Unesco heritages it is one of recommended places to visit Bali.We walked through the rice terraces and truly enjoyed the beauty of Bali.Lots of great photo.You can see the green paddy and rice field with the skyline and clouds.Be prepared to walk and climb stairs that is quite muddy if it rained.I prefer this spot compared to Tegalalang.

Add caption

enjoy the scenery

Enjoy the scenery

Enjoy the scenery

Enjoy the scenery

Kita singgah di sini ULU DANU BERATAN

  Entrance Fee 50,000 idr
  Mobil 5000

Cuaca dari pagi hingga lah tengahari hujan lebat dan hujan renyai-renyai.Harap-harap di Tanah Lot nanti cuaca ok..



Enjoy the scenery

Enjoy the scenery

Enjoy the scenery

Enjoy the scenery

Enjoy the scenery

Enjoy the scenery

Enjoy the scenery

Enjoy the scenery

menu

Nasi ayam betutu..rasa ayam kunyit,pedas sikit


Panjang lebar cerita dan gambar..sambung part 2 pula..enjoy my late lunch


No comments:

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...