Wednesday 18 January 2017

INDONESIA : YOGYAKARTA -Day 6


 YOGYAKARTA day 6

Hari ke dua terakhir..harapan semoga perjalanan hari ini lebih baik dari kelmarin.Kita bertiga bersaudara guest pertama datang menjamu selera di restaurant hotel.

Jom breakfast kat hotel....




tak ada tamu lagi kita bertiga saja



hotel ne mempunyai security yang baik tak ada room card tak boleh masuk lift


Dah kenyang kita naik ke atas lagi sementara menunggu jam 8 pagi.
Lokasi pertama hari ini ialah...

WISATA ALAM KALIBIRU


hari ini kelihatan cuaca sangat cerah harap-harap tak hujan lah


sawah padi..nice view

tak lama lagi sampai

entrance fee
parking fee 10,000 rupiah
mobil fee 15,000 rupiah

Jom meronda

ada fee di kenakan untuk naik jambatan atas pokok

Dah ramai orang bergambar

Jangan takut sesat..

Rachel my brother daughter

macam gayat tengok dia naik

Kita peserta no.99 ramai orang masa ne

nampak rendah tapi tinggi pokok tu

masih tunggu turn

gambar atas pokok tak lawa malas nak letak kat sini :(

teka..mana satu kereta sewa kita orang


Jam 12 tengahari pak supir bawa kita orang p lunch

murah dari menu kelmarin..kedai makan tepi sawah

dah kenyang..jom kita teruskan ke Pantai Parangritis...
aku:..ermm..pak eko kenapa jalan menuji kota?
Pak Eko : diam tanpa jawaban
aku :..Pak..itinerary kita lepas ne ke pantai ya??
Pak Eko : menurut manager hari ini ke Kalibiru ajo
sambit mengeluarkan h/p ku tunjukkan whattsup aku dengan admin Rental Car Jogja
Pak Eko:Maaf..salah faham

pak eko ini dah tua kalau penat ngak usah kerja biar rehat duduk rumah aja

PANTAI PARANGRITIS

Entrance fee lima ribu rupiah
mobil lima ribu rupiah
parking 10 ribu rupiah


pak eko lupa agaknya dia bagi tiket masuk ne dekat adik saya

di larang mandi tapi ramai juga orang mandi

ini bapak pun asyik ikut saya dari masuk ke pantai ne saya ke sana dia ikut
saya ke situ dia ikut rimas...
last-last bapak lukis wajah saya dengan bagus ya
akhirnya jauh panggang dari api..ketawa besar tourist dari China,Jepun dan Philipine
dah la bayar lima puluh ribu rupiah
tak apa lah..ku sedekahkan dengan niat ikhlas jika betul mereka tak ada wang beli beras



Bohong Pak Eko ketahuan akhirnya dia berhenti kat sini

PANTAI GUMUK PASIR

parking 15,000
mobil 10,000

driver kita orang ne asyik minta duit..



muka happy Rachel

 Jam 6 pm kita sampai depan hotel,langsung masuk bilik cuci muka buang air kecil dan bersiap ronda kaki lima..Jam 7 malam hujan lebat masa ne kita masih dalam shopping complex Malioboro nasib baik staff hotel paksa kita bawa payung dia kata nanti hujan lebat..memang benar.Sudah kenyang dan beli kainan kita orang pusing-pusing sekitar lima ratus meter tapi tak best sebab hujan.

Lastly p la lihat kainan tepi kaki lima kedai tu kita orang terus singgah di tepi-tepi kedai Malioboro..rasanya kain baju tak adalah yang menarik sangat,kualiti kain pun tak berapa ok .Tudung dengan kain ela berbaloi beli kat sini.Sesak dengan manusia tak berapa selesa pula dah hujan lebat.

late dinner 

kalau Malaysia KFC ne kotak je dia bagi
Lepas makan..jom balik rest..esok dah nak balik KK..

Tuesday 17 January 2017

INDONESIA :YOGYAKARTA -day 5

Masih di Bali subuh ini..jam hp berdering..3.30 pagi..semangat kental untuk ke Yogyakarta..Bersiap untuk mandi dan kejutkan Rachel.

jam 5 pagi wake up call lewat sejam..agaknya diorang pun tertidur..wake up call kat DPraya Lombok pun sama.Kita berdua keluar menuju lobi hotel wajah dan bayang Aris tak muncul lagi.Adik saya kata dia menunggu before 5am pun tak ada.Jam 5.20 rasa ingin sekali nak naik taxi tapi bila mengenangkan transport dari kemarin masih belum berbayar,idea tersebut terbantut.5.56am Aris tiba.Cuak dengan sikapnya.

Tiba kat airport 6.49am nasib baik kelmarin dah check in  10 minit lewat..Terima kasih Garuda Airlines sebab menunggu kami.

বয়ে 

হাড়ি যিনি সেলেস 

Ењој денган Гаруда 

си 



Breakfast..lapar

macam dekat tapi masih jauh lagi



Cuaca awal pagi terang kapal Garuda melintasi gunung,baik hati pilot ini mungkin sebab dia nak kita orang lihat pemandangan gunung-ganang tersebut..

Kita orang tiba d di Yogyakarta Adisucipto airport,namun bagasinya sangat lambat.Menunggu supir yang bernama Eko itu pun sangat lambat.Saya balik-balik mesej dengan JOGJA RENT CAR tapi dia kata driver tu dah lama  menunggu.Balik-balik ke area  arrival hall tak jumpa juga supir yang di cari yang ada hanya orang yang memegang card 'Panasonic' dan 'Liberty Team'.saya whattsup sekali lagi dia kata ada depan arrival hall..hoi mak cik tak kan saya p tanya seorang-seorang pak cik-pak cik yang duduk kat kat kerusi tu..OMG..dahsyat sekali pengurusan syarikat ne..not recomended.

Dah lah sikap pemandu taxi yang ada kat sana tu sangat merimaskan jiwa orang..Jam 9 am baru pak Eko muncul itu pun setelah saya call dia 4 kali..OMG..saya bagi tahu kami orang tunggu kat patung gajah itu pun dia tak tahu..satu part lagi dia ambik kereta pun dah setengah jam..kalau ku tahu begini..kick out lah syarikat  Jogja rent car.

Pak Eko ne speaking Bahasa English tau..tapi bila di tanya tak tahu pula jawab..tak apa lah pak eko kita orang pun tahu cakap Melayu lagi pun kita orang Malaysia.Senyum simpul dia...ermm.Cara pemanduan supir ne menakutkan juga..bagai telur di hujung tanduk.

Destinasi seterusnya

BOROBUDUR

Entrance fee : 10,000 idr
Parking fee : 5000 idr
Entrance fee Borobudur dan Candi Prambanan 64 usd percuma 3oomls mineral water dan biskut








di larang naik di atas candi


tangga turun ke bawah


besar kapal ne jika nak masuk dalam kapal bayar 100,000 idr

Singgah makan kat BS RESTO




sup ikan ntah apa-apa



CANDI PRAMBANAN


Perjalanan di teruskan kata pak eko pergi ke Merapi dulu baru singgah kat Prambanan,saya kata tak perlulah ke Merapi sampai kat sana hujan basah kuyup kita orang dah lah jeep tu tak ada bumbung

parking fee : 10,000 rupiah
mobil fee : 5000 rupiah

terdetik dalam hati kenapa Malaysia tak buat macam ini kat kawasan pelancongan entrance fee, parking kereta caj,kenderaan caj..banyak duit terkumpul.

Adik saya kata supir tu menipu caj parking tu bukan begitu harga nya..saya jawab..saya tahu biarlah dia menipu.Suatu masa rezeki dia akan hilang tanpa di ketahui..Pencipta langit dan bumi memerhati dan mencatat sikap kita di muka bumi ini..






Jam 4.15pm kami keluar dari Candi Prambanan hujan semakin lebat,kelibat pak Eko tak nampak,kasihan my adik dia yang p cari supir tu rupa-rupanya dia tidur..hujan-hujan memanglah syok tidur patutpun call tak berjawab.Jam 6.30pm kami bergerak menuju kota Yogyakarta

hujan


mall Malioboro
Mall ini bersambung dengan hotel Ibis



dinner kat sini nak charge h/p ada socket di tepi dinding meja




ramai sangat orang masa ne..permisi pinjam gambar si cewek ne dulu

muka dah penat

suka lihat wajah happy mereka

jom balik tidur...

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...