Monday 15 August 2016

Guangzhou China

Day 5 in China : 

Shenzen - Guangzhou


Guangzhou China

China Map

 All blocked

1.Instragram
2.Twitter
3.google

4.Facebook
6.Wikipedia

Untuk rujukan lanjut sila baca sini
Atau  di sini

Dari Shenzen ke Guangzhou....ceritanya bermula di sini

Selepas  check out dan bersarapan kita orang  berjalan kaki menuju ke mtr ke Lo Hu Port.Hotel Kaili ada menyediakan service shuttle bus secara percuma namun kami menolak tawaran itu sebab kami mahu berjalan-jalan melihat keadaan di sepanjang jalan.Hujan gerimis masih menemani perjalanan kami.
Setelah puas berjalan kaki kita orang pun turun ke basement floor untuk membeli token  dari Mtr Guamo ke Lo Hu Port token berharga  4 yuan.Selesai saringan custom dan kita orang bergerak turun menggunakan eskalator menuju mtr Lo Hu Port.
Kita orang tiba di Lo Hu terminal pada jam 10 pagi.."Mesin ticket ke Guangzhou kat mana ??" Saya memulakan bicara pada my friend. Bertanya pada manusia di sana ada yang goyang kepala dan ada yang berkata "outside...outside".Setelah mengucapkan terima kasih kita orang keluar dari bangunan nampak orang ramai berbaris panjang,saya cuba bertanya pada seorang staff di sana dia jawab "close..close".Tak kan dah habis ticket ke Guangzhou.
Berpusing keliling ulang alik mencari akhirnya jumpa juga nun di hujung dekat dengan border Shenzen -Hongkong terdapat banyak mesin ticket.Aku rasa senang hati sekali dan apabila di tekan mesin tu keluar bahasa Cina..ahh..so..how..hampir satu jam berada sambil melihat dan bertanya pada manusia yang membeli tiket tapi satu pun tak faham Bahasa English di sana saya bersuara pada rakan saya.Andainya kita tak dapat bantuan sehingga jam 2 pm kita gerak balik ke HongKong dan terpaksa booking tiket AirAsia HongKong-Kota Kinabalu.
Berdiri mundar mandir sambil bertanya pada manusia yang kelihatan ok tapi tak faham bahasa.Mengeluh seketika terfikir dalam hati banyak-banyak saya travel sendiri rasanya kat sini sangat complicated tak apalah try lagi bisik hati kecil saya. Sambil berdiri dan  melihat kelibat orang dalam hati hanya terfikir  berharap akan terjumpa  tourist dari Eropah atau USA ke dan nun di hujung sana tiga orang mat salleh berbaris di hadapan mesin di temani seorang lelaki Cina.Hati berbunga riang...kita orang bergerak ke arah mereka.Tanpa segan silu saya bertanya pada lelaki Cina tersebut dan nyata lelaki tersebut hanya faham perkataan Guangzhou selebihnya dia hanya menjawab dalam bahasa Cina slang apa saya pun tak tahu dan akhirnya saya tahu itu adalah bahasa Putonghua.Tambang bullet train dari Shenzen ke  Guangzhou Railway station 1st class 99.50 yuan beza dengan economy class 77.9 yuan.Untuk pembelian tiket di mesin visa China sangat di perlukan tak ada visa tak boleh beli..Setelah ticket berada di dalam tangan kita orang mengucapkan jutaan terima kasih pada lelaki tersebut..Thanks God..Bukan itu saja dia sampai menghantar kami ke pintu masuk kastam..Thank you very much sir..melepasi kastam rupanya kaunter tiket ada kat dalam . :(.
 Hahaha..anggap saja pengalaman travelling,pengalaman sesat,ketawa sesama sendiri sebab bingung berada di negara orang.Ramai orang yang tak faham bahasa Cina  que kat sini.

Sebenarnya mudah saja menggunakan mesin itu jika tahu bahasa Mandarin/Cina sebab apa yang saya lihat dia tekan butang mesin tu keluar perkataan yang saya sempat lihat Guangzhou dan dia bertanya mahu economy class atau 1st class dan pilih jam berapa keberangkatan dan swipe visa kat dalam pasport tu masukkan wang dan keluarlah ticket.
Satu jam menunggu akhirnya tiba turn kami untuk naik train ke Guangzhou.Departure time  ke Guangzhou setiap 15 minit ya..Jika takut terlepas mrt sila berbaris awal dekat pintu masuk sebab untuk menuju ke train jauh juga ya kelihatan semua orang berjalan laju dan ada yang berlari anak sebab masa di peruntukkan hanya 10 minit sahaja platform 8 untuk 1st class pula di hujung sekali.Masuk ke dalam train seorang wanita cina pula secara sengaja dan pura-pura tak tahu dia duduk di kerusi kami.Saya menunjukkan ticket saya dan wanita tersebut cabut balik semula ke kerusinya.

Perjalanan memakan masa satu jam,di setiap stop ada announcement dalam bahasa english,cina dan jepun so senanglah sikit,keluar dari train bagai tak percaya ramainya orang dan apabila keluar dari terminal lagi ramai orang dengan bau urinnya di sana sini .Kira selamat kot Guangzhou ne sana sini ada polis,tentera,ambulans pun ada standby.Kerana tersangat ramai orang kita berbaris pula menaiki taksi semasa  berbaris  datang pula beberapa lelaki menawarkan kereta sapu.Saya jawab bahasa Melayu diam mereka terus.Tambang taxi ke Guangzhou Hotel 40 yuan kalau ikut mrt baru 8 yuan.



Ne no high speed bullet train dari Shenzen ke Guangzhou

Image result for haizhu square b3
mrt sebelah kiri Guangzhou hotel saja



Image result for haizhu square b3

Tiba di Guangzhou hotel rupa-rupanya mrt di sebelah kiri hotel je..mrt Haizhu Square Station exit B3

Deposit 500Yuan termasuk harga satu malam

Image result for haizhu square b3


lobi Guangzhou Hotel


Setelah meletakkan backpacker kami ke dalam bilik saya dan Tlyne keluar dari hotel untuk mencari makan,banyak restauran tapi tak masuk selera.Akhirnya kami memilih makan di McDonald.

Langkah di teruskan keliling mencari Sacred Heart Cathedral,dalam google map church ini tak jauh dari hotel Guangzhou dekat dengan bangunan toys.Jumpa juga akhirnya..

Image result for gereja guangzhou
Sacred Heart Cathedral Guangzhou

Sudah puas berfoto kita orang pun meneruskan langkah ke Pearl River

 Image result for ticket to pearl river guangzhou



Image result for pearl river guangzhou

Image result for ticket to pearl river guangzhou
Canton Tower ne sangat cantik dan warna lampu akan sentiasa bertukar ferry star akan stop dalam 20 minit  depan canton Tower ne


Bayaran ferry 90 yuan dapat free 500mls mineral water & bread

Lepas turun dari ferry saja  hujan turun renyai-renyai dan makin lebat,kita orang stop dekat pondok dan balik hotel.

Sambil berjalan mengintai facebook sendiri ternampak kata-kata dari rakan fb yang tidak di kenali di ruangan komen.

Dia: kan dah sesat bukan kah baik ikut travel ejen saja
Aku : Sesat perkara biasa... Betul, kelebihan tour adalah keselesaan. Kamu tinggal bayar, duduk selesa  dan nikmati perjalanan, tidak perlu membawa beg besar ke mana-mana, tidak perlu risau dan pening kepala  mau ke mana, tidak perlu bingung mau makan apa atau ikut transport di mana. Tapi saya sengaja tidak ikut tour, kerana saya ingin merasakan pengalaman, menikmati traveling dengan rileks dan dapat  berada bersama  dengan penduduk tempatan and feeling lost in translation, sedangkan kalau ikut tour kamu hanya akan dibawa ke tempat-tempat pelancongan dan terikat dengan  jadual yang ketat. Saya tidak suka seperti itu.
Dia: Siapa kata ikut travel ejen terikat dengan jadual????
Me : Saya lah..sebab saya pernah follow travel ejen bebrapa tahun yang lepas.
Dia: Speechless...
 

Sunday 14 August 2016

Shenzen China Trip

3rd Day In China : Shenzen

Shenzen China



Route : Estimated Journey time ~ 50 minute



Subway : Yau Ma Tei (Green Line) -Mong Kok -Prince Edward-Shek Kip Mei- Kowloon Tong interchange to East Rail Line at Platform 1 Lo Wu /Lok Ma Chau ~ Tai wai - Sha Tin - Fo Tan- University - Tai Po Market -Tai Wo - Fanling -Sheung Shui - Lo Wu


To : Lo Wu Immigration Control Point

Sepanjang perjalanan menuju ke Lo Wu Station saya hanya berdiri tak dapat kerusi,mengisi kebosanan saya membaca buku yang sempat di beli kelmarin di Macau.Akhirnya sampai juga di border Lo Wu.Ramai sangat manusia menuju ke Shenzen.Setelah mengisi arrival form kita orang berbaris di imigresen.Oh ya kita orang tak apply Visa On Arrival sebab dah apply visa China sebelum fly ke HongKong tiga minggu yang lepas.Pemeriksaan imigresen kat sini sangat ketat ya.Arrival card yang kita isi tu tak pun diusik.Pegawai imigration hanya ambik note kecil masa kita tiba di Hong Kong International Airport saja.Lepas pemeriksaan imigresen Hong Kong kini kita tiba pula  ke  bahagian Imigresen China.Kat sini kena isi arrival form berwarna kuning tu



Image result for china arrival form
ini lah form yang kena isi tu sebelum baris ke imigration China

Jika tak apply visa ke Negara China dan hanya ingin masuk ke Shenzen boleh lah mengisi Visa On Arrival. Sebelum masuk ke kawasan China custom.Tiba saja di Lo hu ikut petunjuk arah ke Shenzen Sebelum tu kita kena melalui HongKong imigration terlebih dahulu.Jangan hilangkan kertas kecil semasa sampai di Hongkong Imigration pertama kali tu ya.
Selepas clear HongKong imigration terus berjalan kaki dan kita akan terlihat escalator di sebelah kiri,naik eskalator hingga ke level 2 dan masuk ke dalam pejabat isi borang dan ambil nombor.Bayaran visa 186yuan.



Perlu di ingat visa ini hanya untuk Shenzen saja jangan try bawa masuk ke Guangzhou dan sebagainya jika tidak mahu mendapat problem.Saya tertanya-tanya juga pada masa ini melihat ramai warga Indonesia bila tiba di imigresen China mereka di suruh keluar dan duduk di hujung sana.Entah apa masalahnya..

jauh lagi berjalan kaki menuju ke depan..



Sepanjang berada di Shenzen kenderaan yang kami gunakan adalah subway.Untuk menaiki subway perlu guna token.Caranya kita perlu tukar wang ke mesin tiket untuk mendapatkan token.Pilih stesen yang hendak di tuju dan jumlah token yang ingin di beli lalu masukkan wang dan token akan keluar di kotak mesin berserta dengan baki wang jika ada.
Shopping complex Luo Hu Commercial City pertama yang kita  lihat apabila keluar dari imigration Luo Hu naik eskalator ke level 1 shopping complex ini terletak di sebelah kanan.







Rasa lapar cari restaurant masuk semua restaurant full manusia yang tinggal hanya ini...

hehe..ini kali lah...menyesal kah saya..tidak..saya order nasi ayam hainan dan fresh orange jus

lepas makan  hajat nak ke shopping complex tapi jam sudah menunjukkan 2pm tak jadi la kita orang

Sampai sudah di Shenzen..hujan lagi..termenung seketika jika naik subway keluar subway mesti kena hujan.Akhirnya memilih untuk menaiki taksi.Sepanjang berjalan kaki kami di kejar oleh beberapa lelaki yang menawarkan khidmat kereta berharga 120 yuan dan di beri diskaun sebanyak 80 yuan.My friend yang keletihan memberi kata putus untuk mengambil offer tersebut tapi saya menentang keras.Hanya dua perhentian subway takkan semahal itu tak apa biar kita ikut taxi bermeter jika bayaran mahal sekalipun kita takkan menyesal.Alamat hotel di beri pada pemandu taxi bermeter tak sampai lima belas minit kita orang pun tiba di Shenzen Kaili Hotel.Bayaran yang di kenakan 22.7yuan....ndak kau kalau ikut transport lelaki penipu tu.berkali ganda dia charge.Sahabat saya hanya membisu.

Review tentang hotel ini,saya ambik dari http://www.booking.com/hotel/cn/shen-zhen-kai-li-bin-guan.en

Harga satu malam RM222 superior twin room with city view free breakfast tidak termasuk 15% service charge.Semasa check in hotel minta deposit 800 yuan termasuk harga hotel pernight.Bayaran semalaman 418.9yuan.Semua ok hotel bertaraf **** cuma wifi tak ok.





di sebelah  kiri hotel terdapat satu shopping complex berjalan kaki sehingga jumpa metro Guamo exit D




Sebenarnya hotel ne ada bagi free shuttle bus ke Lo Wu Port - Kaili Hotel




Window Of The World

Di luar hujan renyai-renyai masih turun sebenarnya planning kita orang ne ada tiga lokasi yang harus di jelajahi iaitu Windows Of The World,Route : 28 minutes

ambil line 1( hijau) dan stop di Windows Of The World terdapat 13 perhentian,jarak perjalanan lebih krang 28 minit.Senang saja ke sana dah sampai Station WOW keluar dari station sampai lah kawasan perkarangan Window of The World.Token berharga 5 yuan.Paling baik beli return token di sebabkan masa nak balik dari WOW nanti banyak mesin out of service dan tersangat ramai orang berbaris untuk membeli token.Mesin juga sangat cerewet tidak menerima wang lama,berlipat.Saran saya jika nak round WOW datang awal agar dapat cover semua tempat.jangan seperti kami tiba di sana pada jam 4pm memang tak dapat cover semua lokasi.


Entrance fee RMB200



wow map










Image result for windows of the world shenzhen



Image result for windows of the world shenzhen















Masa ne hujan rintik-rintik terpaksa balik sebab lupa bawa payung

Tiba di terminal mrt ramainya orang dan 5 kali berbaris ke tiket mesin wang kertas dan coin langsung tak di terima oleh mesin hampir dua jam berada di sana dan setelah 5 kali menukar wang kertas dan coin akhirnya berjaya juga mendapat token.

Tiba di Guamo mrt pada jam 9.50pm,kita orang mencari kedai makan  dan naik ke shopping complex bersebelahan dengan hotel Kaili,banyak dah restaurant tutup .Akhirnya memilih KFC restaurant.

Saturday 13 August 2016

2nd Day In China : Macau

Macau 

Macau is an autonomous region on the south coast of China, across the Pearl River Delta from Hong Kong. A Portuguese territory until 1999, it reflects a mix of cultural influences. Its giant casinos and malls on the Cotai Strip, which joins the islands of Taipa and Coloane, have earned it the nickname, "Las Vegas of Asia." One of its more striking landmarks is 338m-high Macau Tower, with sweeping city views.


Route : 
Yau Ma Tei - Jordan -Tshim Sha Tsui - Admiralty -Change to platform 4 blue line to Kenedy Town -Sheung wan stop at Shun Tak Centre naik ke level 3


Dari Hongkong ke Macau terdapat dua  pilihan sama ada menaiki ferry atau sky shuttle/helicopter tapi harga sangat mahal USD600,Kapal terbang Hongkong -Macau tidak ada di sebabkan jarak hanya 62km.Terdapat dua ferry terminal iaitu  Cotai Water Jet dan TurboJet.

Three main ferry terminals of Hongkong:
1.SkyPier in Hong Kong International Airport ticket hkd432  1st class service for 3 hour journey
2.Hong Kong -Macau Ferry Terminal in Hong Kong Central :
~Hong Kong Macau Ferry Terminal in Macau peninsula -TurboJet Ferry
~ Taipa Ferry Terminal near Macau International Airport


3.Hong Kong China ferry Terminal in Kowloon



Saya beli tiket di kaunter TurboJet  jika dari eskalator ke sebelah kanan.Harga super Class HK$348.00 harga ini harga hujung minggu .Makanan yang di beri jika pilih super class ialah mineral water 150mls buahan dan dua  biji  bun ,kopi on request.Wifi free tapi asyik disconnect Perjalanan memakan masa satu jam,sebelum keluar kena isi arrival card borang ada di sediakan tapi sila pastikan bawa pen ya.Dah siap isi borang kita orang berbaris kat imigresen bahagian visitor.Sila bagi pasport dan arrival card bersama nanti akan diberi satu keping kertas kecil.Keluar dari bangunan tersebut ikut laluan terowong bawah tanah untuk ke seberang jalan raya.Kita orang ikut shuttle bas Venetian.


There are a few public buses that stop at the ferry terminal and pass by Senado Square. The bus stop is just outside the ferry terminal to the right, about 25 meters from the building exit. It is easy to find. Just take any of the following routes (bus No. 3, 3A, 10, 10A).If a shuttle would work, what casino shuttle would we take closest to Senado Square?
Closest free shuttle buses would be to the Grand Lisboa (drop off in basement, make your way to main lobby and out front exit, then 5 minute walk to Senado Square).Macau menggunakan mata wang Macau Pataca(MOP) dan HK$.
 Akhirnya sampai juga di Macau,rugi jika tak pergi ke Macau apabila sudah tiba di HongKong,Macau telah di istiharkan oleh UNESCO sebagai World Of Heritage site..Kata-kata dari rakan sekerja masih terngiang-ngiang di telinga.."eleh..kamu tak kan sampai ke tempat tu..orang yang pandai cakap cina saja boleh sampai ke sana"..."kau tau kawan saya pernah p China negara komunis tu..kamu yang badan kecik habis lah di sepak"..."Nasihat kami lah kan lebih baik kamu ambik tour guide atau ikut ejen saja ke China susah tu orang sana bukannya pandai tolong orang tak reti cakap english lagi..

Dalam hati saya kalau nak ikut ejen..saya mana ada budget begitu banyak gaji sebulan pun tak cover kalau ikut ejen..tak apalah..malu bertanya sesat jalan..kalau seorang yang kita tanya takkan semua orang tak tahu..mustahil..Tiada yang mustahil sebenarnya.Seberapa sulit pun sebuah perjalanan,jika kita sudah merancang dan berusaha dengan keras dan Tuhan mengizinkan pasti ada jalan penyelesaiannya.Namun terdetik juga dalam hati Shenzen dan Guangzhou aku datang..esoklah kita fikirkan semua itu..



THE VENETIAN MACAO 

Kena ikut shuttle bus Venetian dari Venetian naik shuttle bus menuju ke Macau Outer Harbour dan dari sana naik shuttle bus Grand Lisboa untuk ke Senado Square dan Ruins St.Paul.

Jika naik shuttle bus dari Wynn dan turun di wynn kita kena berjalan kaki ke Grand Lisboa sebelum ke Senado Square dan turun di basement Grand Lisboa,naik dan keluar dari main entrance jalan ke arah sebelah kanan dan jalan lurus sampai jumpa Senando square di sebelah kanan.


Untuk ke Grand Cannal Shoppers jika dari lobby ikut arah kiri untuk melihat sungai dan gondola ala Venice
Image result for grand canal shoppes









The Venetian Macao (Chinese: 澳門威尼斯人度假村酒店) is a luxury hotel and casino resort in Macau owned by the American Las Vegas Sands company. The Venetian is a 39-story,[1] casino hotel on the Cotai Strip in Macau. The 10,500,000-square-foot (980,000 m2) Venetian Macao is modeled on its sister casino resort The Venetian Las Vegas, and is the seventh-largest building in the world by floor area. The Venetian Macao is also the largest casino in the world, and the largest single structure hotel building in Asia..


The lead architect for the Venetian Macao were Aedas and HKS, Inc. joint venture, who were responsible for the design, coordination and implementation of the project on site (wikipedia)

image
Lukisan itu memukau mata

Venetian Macau di buat serupa tapi tak sama dengan Venice Italy
setelah mengambil gambar di dalam venetian kita orang jalan kaki kearah  kanan hotel ..Oh ya City Of Dream berada di belakang hotel ini ya.Akhirnya jumpa MC Donald Restaurant kita orang masuk hanya untuk dapatkan wifi free :).

Semasa lunch kat sini hujan turun dengan lebatnya,nak patah balik ke hotel Venetian tak ada payung.Ermmm... kata putus di ambik kita orang ambik  taxi ke Senado Square.Harga HK$67.


tepi-tepi kedai ne orang jual makan,orang yang nak makan tu berdiri lah..
Beli payung HKD49,ramainya manusia di kawasan ini,kita orang blur nak ke Ruins Of St.Paul's Macau.Jalan beberapa langkah terlihat peta..my friend dengan mudah menunjuk tangan ke sebelah kiri tapi pengertian saya ke sebelah kanan.Malas nak bertekak saya turutkan saja..akhirnya sampai di Cahtedral Igreja Da se.





Image result for se catedral macau


Image result for se catedral macau


 
Kita orang beli cendera kenangan di kedai Gereja Livaria S.Paulo,cukup murah fridge magnet  HK$10.

Turun ke bawah semula,my friend kembali melihat peta kali ini dia mengagak lagi.Saya mengikut langkahnya berjalan ke depan...makin lama berjalan tak jumpa-jumpa St Ruins lagi.Akhirnya saya mengambil keputusan ikut kata hati saya .saya berjalan ke sebelah kanan di pertengahan jalan saya di tegur satu family Cina.Sampai di Macau saya asyik di tanya dalam bahasa Cina.Saya hanya menjawab..I'm sorry..i'm tourist .Saya meneruskan langkah menaiki bukit dan terlihat di kanan lorong ialah Temple.Di sini saya juga di tegur oleh dua wanita asia bertanya jalan..hehe..mungkin kah wajah saya kelihatan seperti wanita Cina.Sahabat saya berkata kulit kau putih..saya menafikannya.Wajah saya kan asli Dusun Sabah.Akhirnya ketemu Monte Fort Macau Museum.

Macau Museum





Dalam museum



Puas berfoto ria kita orang keluar dari Museum menuju ke St Ruins...di bawah saja ya ikut laluan kanan.Curam tangganya,orang yang naik ke atas pun tercungap-cungap naik.terlihat seorang wanita ala modelling memakai heeled shoes..erm..


RUINS OF ST.PAUL'S


Built from 1602 to 1640[1] by the Jesuits, the collegiate was one of the largest Catholic churches in Asia at the time, and the royalty of Europe vied with each other to bestow upon the temple the best gifts. With the decline in importance of Macau, which was overtaken as the main port for the Pearl River Delta by Hong Kong, the building's fortunes similarly ebbed, and it was destroyed by a fire during a typhoon on the 26 January 1835.[1] The Fortaleza do Monte overlooks the ruin. This could have been due to Francesco Melzi showing the codex to Carlo Spinola s.j. in Milan [2] or by the architect Giacomo della Porta (connected to Leonardo's Codex Bill Gates formerly Codex Leicester) who designed the façade of the Chiesa del Gesu' in Rome. (Wiki)



Semua bangunannya runtuh, namun hanya bahagian depannya saja yang masih tinggal.Di bagian belakang Ruins of St.Paul's terdapat ruangan bawah tanah yang dijadikan Museum of Sacred Art and Crypt. Ruangan ini menyimpan tulang belulang orang suci, lukisan-lukisan, dan benda-benda suci lainnya

Image result for Museum of Sacred Art and Crypt macau
Museum Of Sacred Art and Crypt


Image result for Museum of Sacred Art and Crypt macau
Ada apa..



Tersangat ramai orang pada masa ini..macam mana nak ambil gambar??

pandangan dari tepi jika di lihat di bawah tangga sangat ramai manusia

penuh orang


Image result for st ruins
yang ne guna camera Samsung 7 edge kat bawah tu Samsung camera nx3000 sedih sangat sebab camera tu terjatuh masa kat Venetian



tak center pula gambar ne..orang main langgar saja.



free wifi in macau username and pwd is wifigo



Macau Tower



Macau Tower memiliki ketinggian setinggi 338 meter dan menjadi menara tertinggi ke-8 di kawasan Asia.
Boleh ikut bas nombor 9A, 18, 23, 26, 32,
Di macau ada berbagai macam Egg Tart yang wajib untuk di testing antara lain :
sedap tak ada bau telur hanyir




Begitu cepat masa berlalu jam menunjukkan 4pm kita orang berjalan kaki menuju ke arah Grand Lisboa.Tak jauh pun dekat saja.Di sana terdapat bas menuju ke arah ferry terminal ikut saja bas bernombor bus No. 3, 3A, 10, 10A.Planning seterusnya melihat sympony Of Light.



Kami tiba di ferry terminal sebelum jam 5 pm,ke kaunter TurboJet dan membeli tiket ekonomi berharga hk$169.Satu peristiwa berlaku lagi saat ini my friend berkata tak perlu isi borang dah sebab masuk tadi dah isi tapi instict saya macam tak ngam saja.Akhirnya bila tiba giliran saya,pegawai imigresin menyuruh mengisi form.Malas nak jump que saya berbaris kat belakang semula seorang wanita warga Singapore memandang sinis melihat wajah saya.Lantaklah kau bu..Proses Imigration kat sini lambat sangat berbanding imigration pagi tadi.Di sini saya terpisah dengan my friend...tunggu punya tunggu sampai lah group ketiga ferry tiba wajah kawan saya tak muncul.Pusing keliling mencari hingga ke MRT tak kelihatan.Akhirnya jam 7.45pm saya melangkah menuju ke mrt..peristiwa lama berulang kembali.Tiba di Yau Ma Tei stesen pada jam 8.15pm.Saya melangkah mencari restoran dalam perjalanan terserempak my friend mengendong mineral water dan maggi cup.Malas nak bertekak saya hanya berkata pada dia saya nak p dinner..dia turut serta.Masa makan tu sempat pula dia dia cakap nak balik,Selesai makan ingatkan dia terus balik rupanya ikut melangkah di belakang saya menuju ke Temple Street.Tak ada apa benda nak di beli barang-barang,baju semua kelihatan tidak berkualiti.









Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...