Pagi ini kita orang akan pergi ke HALONG BAY one day trip,selepas breakfast kita bersaudara naik ke tingkat satu menunggu guide datang menjemput
Temujanji dengan Mr guide hari ini jam 8am..Perjalanan ke Halong Bay memakan masa selama 4 jam 30 minit.Berhenti rehat selama 30 minit di R&R.Boleh lah melepas hajat,tandas banyak dan bersih.Tempat persinggahan ini menjual cenderamata,lukisan dan kain ada yang mahal dan murah.Terdapat restauran di hujung sana.Jom teruskan perjalanan..banyak yang tidur rombongan hari ini..
|
Gambar sepanjang jalan |
|
Sampai di pelabuhan
Kat sini boleh ke tandas sebelum belayar ke laut..guide kita masa ini p beli ticket.. |
|
Ini lah rupa tiket : ) |
|
Kapal rombongan kami orang |
|
Halong Bay ini sangat cantik kalau depan mata dan bulan Ogos masa yang sangat sesuai datang ke sini..cuaca clear |
|
Masa ini tengah ambik video datang guide Miss..tengok sini dan ambil gambar duit ini
dia pegang duit dong tu sambil mengadap pulau kat depan..ingat kan apa tadi. (guide ne cakap bahasa vietnam kat saya dan translate ke Bahasa English..dia kata rupa saya sebijik dengan orang Vietnam) |
Stop ke dua kita orang ada dua pilihan nak main kayak atau naik bamboo boat..Ingatkan boat dari bambu rupanya tidak.
|
Halong bay kissing rock |
Stop terakhir AMAZING CAVE
|
Bot akan turunkan penumpang di sini dan akan menunggu di balik bukit ini |
|
ada lubang.. |
|
no information..guide hilang cari peserta lain |
|
Permukaan jalan licin tapi saya ada nampak perempuan pakai heel 5 " |
Dah keluar dari gua..jumpa ini
|
Jom cari bot kita orang
Dalam itinerary kita orang akan dapat dua botol mineral water tapi satu je dapat,lepas dari cave kita orang ada minum petang tapi gula-gula je dia bagi..rugi kita bayar mahal-mahal kalau tahu biar lah kita ambil pakej usd25 je. |
Dah sampai pelabuhan dan naik bas..jom relaks kan diri dan tidur..Dalam perjalanan sekali lagi bas akan berhenti untuk rest dan juga melepas hajat kat toilet.
Sampai hotel dekat jam 9 malam bas turunkan semua peserta di simpang jalan saja tak hantar depan hotel.Semua rombongan tak puas hati masa ini dah lah penat duduk dan service pun tak bagus.
Sebelum masuk hotel kita orang jalan cari makan malam cuma nasib tak baik juga dah dua malam hujan di bandar Hanoi.Last p restauran semalam hari ini kita orang try menu lain pula,baru perasaan restaurant ne pengunjung dia orang kaya-kaya pula.Patut pun mahal.
Sebelum ne ada tanya Miss Khanh pakej Hanoi tapi dia tak endah saja jawab. Masa kat Ho Chi Minh tahun lepas ok je dia reply mesej kitaorang.Bukan rezeki nampaknya..
No comments:
Post a Comment