Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Saturday, 9 April 2016

Kota Kinabalu-Vietnam - Korea day 4

Vietnam: Chu Chi Tunnel

Hari ke dua  travel di bumi Vietnam seperti yang di janji kan oleh miss Khanh kelmarin kami menunggu di lobi hotel menunggu tour guide yang akan menjemput kami ke Chu Chi Tunnel.30 minit telah berlalu kelibat wajah-wajah tour guide tak  juga muncul.Akhirnya saya mesej kepada miss Khanh setelah di desak oleh travel girl.

Akhirnya datang juga seorang lelaki berbangsa Tagalog..setelah memperkenalkan diri dia membawa kami ke dalam bas.Bas memuatkan penumpang seramai 30 orang.Dia suruh kami duduk dekat dengan driver.Bagus lah boleh nampak pemandangan luas..Dalam bas tu semua bangsa ada dan datang dari pelbagai negara.

Tour di mulakan dengan kisah bagaimana Vietnam di beri nama,kepadatan penduduk,bangsa yang mendiami negara Vietnam,pekerjaan dan pendidikan mereka.Kata tour guide ne kamu nampak saja orang Vietnam macam selekeh tapi kalau mahu tahu satu rumah ada lima anak kereta ada 6 atau 7 buah.

Beralih kepada cerita bagaimana Vietnam di jajah oleh orang Amerika dan bagaimana penduduk Vietnam dapat menumpaskan tentera berkenaan.Sungguh sedih dan tragik kisah tersebut.Kata tour guide tersebut orang tua di Vietnam sehingga kini yang masih hidup masih merasa kesengsaraan yang di alami mereka.Mereka sangat membenci Amerika namun kedatangan Amerika ke negara mereka di sambut dengan baik.

tour yang saya tempah di Vietnam ialah Vietnam  Tour Lotus
empunya syarikat ne seorang wanita bernama miss Khanh..cantik orangnya dan peramah
memang sangat recomended lah tour ne..
email:info@vietnamtourlotus.com
web:vietnamtourlotus.com

untuk tour chu chi tunnel dan Vung tau charge dia minta sangat murah jika di bandingkan dengan tour tempatan yang lain.Siap di jemput di hotel lagi dan di hantar di depan hotel.

kenapa vacation saya pada hari ini saya terpaksa tempah tour ianya di sebabkan kaki travel girl seorang tu lututnya dah sakit.Suruh dia rest kat hotel dia tak mahu,So jalan terakhir tempah tour.Nampak gembira dia tapi tak seronok pula.,sebabnya dia baru nak minta ambik gambar sudut sana situ,sini  tak sempat nak gambar sebab guide dah suruh naik bas..saya yang bukan kaki selfie ne tak menyesal lah..

Saturday, 1 November 2014

Korea-Seoul day 10 part 2

10th day in Korea : Seoul 

30.10.2014-7.11.2014



Gyeongbokgung Pallace

Istana ini di bina pada tahun 1934 dan sudah banyak di baik pulih.Istana ini adalah istana yang paling besar dan paling luas diantara lima istana lain yang telah dibina oleh Dinasti Joseon.

di kawasan istana ini terdapat National Folk Museum  of Korea.Upacara penggantian pengawal istana di lakukan pada jam 10.00am dan 3.00pm.Selain dari itu pameran costum hanbok juga di pamerkan pada masa itu..Boleh try pakai hanbok tak ada bayaran.

cara nak ke Istana,naik subway line 3,turun di stesyen Gyeongbokgung,keluar melalui exit 5 jalan kaki dalam masa 6 minit boleh sampai di istana.








Changdeokgung Pallace






secret garden


Thursday, 30 October 2014

Korea-Seoul day 8

8th day in Korea : Seoul-Everland

27.10.2014-30.10.2014

Dari Jeju International Airport terus ke Gimpo International airport fly with Jeju Airlines..Sampai di Airport terus menuju ke subway beberapa kali tukar subway akhirnya  sampai juga di Hi5 Hostel Jongno 3 exit 11 pada jam 11am..syukur owner hostel tersebut dengan baik hati menyuruh kita check in lebih awal tanpa sebarang charge tambahan.Mungkin dia kasihan dengan wajah kami sebab dia cakap "you all must tired for long journey"..padahal kami dari Jeju..terima kasih la cik Daniella lepas ne boleh la melelap kan diri sekejap..jam 12pm kita keluar sebelum tu sempat bertanya pada cik Daniella cara nak ke Eveland...dia cakap tak jauh pun nak ke sana..


Cara nak ke Everland Korea

Macam nak ke Nami Island ada Shuttle Bas yang akan bawa korang terus ke Everland tapi ia mahal sikit & rugi sebab dia orang balik lebih awal. Jadi we all macam biasa akan pilih cara yang paling murah.. Cara nak ke Everland Korea tak susah tapi ada 3 kali transfer sebelum boleh masuk ke Everland ..
Jika gerak dari Dongdaemun Culture Park  Station ambil line 2 ( hijau ) dan terus ke Gangnam Station  masa lebih kurang 30 minit jugak dlm train ada 17 stop sebelum sampai ke Gangnam Station. sesudah sampai sila keluar ikut Exit 6 atau 7 keluar je korang akan nampak deretan kedai-kedai di sebelah kanan dan jalan raya yang besar di sebelah kiri, manakala tempat tunggu bas ialah kat tengah-tengah jalan. Jadi sila cari tempat lintas dan tunggu di pondok bas yang ada tulis bas no 5002 macam kat bawah ni.Paling senang kalau jumpa kedai who are u..lokasi tunggu bas dekat sana lah ramai orang baris tunggu giliran naik bas.


Dalam 50 minit dalam bas dan tibalah ke destinasi hentian tapi ni bukan Everland lagi. Kena naik Free Shuttle Bus plak untuk transfer ke Everland.Kalau tak tahu ikut je la orang-orang dalam bas tadi semua tu akan pergi ke tujuan yang sama iaitu Everland.

Tak lama lepas tu tiba lah we all kat hadapan pintu masuk Everland. Jangan lupa print kupon di online website Everland Website Everland. Kat website juga diaorang akan tulis apa-apa promosi dan sambutan terkini di Everland jadi jgn lupa Check it out first.

website http://www.everland.com/web/multi/english/everland/main.html

Nak balik pun sama ikut bas yang sama...

Korea-Seoul day 9

Nami Island


Nami island, seperti yang sudah diketahui oleh ramai orang, adalah tempat hhooting drama korea berjudul Winter Sonata.

Untuk ke Nami Island boleh menggunakan tour bas atau pun subway tapi perlu banyak bertukar line.
tour bus berada di lokasi Tapgol Park Insadong dengan Jamsil Station.Dari Jamsil station keluar dari exit 4 dan berjalan lurus terus hingga menemukan Shuttle Bus menuju Nami Island. Shuttle Bus ini berhenti di tepi jalan didepan Lotte Mart Building. Tambang bas adalah 23000won.Harga tiket termasuk tiket masuk ke Nami island.Feri bergerak setiap 15 minit untuk mengambil penumpang.

Kami bertiga mengambil keputusan untuk menaiki subway...dari jongno 3ga -Gunja line-Sangbong line-Gapyeong.Tiba di Gapyeong keluar   dari bangunan dan ambil taxi atau bas.Tambang bas masa balik dari Nami 1200 won taxi pula 3900won.








beautifull bride


Tuesday, 28 October 2014

Korea-Jeju Island day 6

6th day in Korea : Jeju Island

27.10.2014-30.10.2014

East Coast 

Hari ke dua di Jeju Island..malas untuk berbicara maka saya persembahkan  potret berwana untuk di lihat bersama


A tunnel carved into a cave in Jeju


Fishermen carrying their supplies from the water in jeju


Sunday, 26 October 2014

Korea-Busan Day 4

Taejongdae Park Busan Korea 



Taman semulajadi yang terletak di daerah Yeongdo-gu Busan,merupakan salah satu tourist attraction di Busan.

There are plenty of things to do and it is the perfect location for family day trips or with friends.  At the very most southern tip of the Taejongdae there is an observatory along with coastal walking trails along the rocky cliff face and a light house. Through-out the island you find a temple, a gun shooting range, walking trails, hot springs, boat cruises, museums and plenty of restaurants offering very fresh fish. Taejongdae Park Busan offers some stunning views of the ocean from the cliffs. On a clear day you can see a Japanese Island called Daema Island (Tsushima Island).


Taman ini di buka dari jam 4.00 pagi hingga 12.00 malam.Untuk ke sana sekiranya menginap di sekitar Busan Station boleh naik bas no.88 atau 1011 dan bas akan berhenti di stesen terakhir Taejongdae Park.Perjalanan lebih kurang 40 minit untuk sampai dan bila balik boleh guna bas yang sama.
maf of Taejongdae Park

Destinasi kami hari ini  kita orang pergi ke Taejongdae park,untuk pergi ke Taejongdae,ambil subway ke Nampo Station keluar ikut exit no.6.di sebelah kanan ada bus stop. Untuk ke sana kena ambik  bas no.8 atau bas no.30 tambang bas 1200won dalam masa 20 minit sampai.Taejongdae stop yang terakhir.

Kita orang  kena berjalan kaki sekitar 10 minit ,untuk pergi ke lokasi di Taejongdae kalau malas nak berjalan kaki,beli tiket dekat opis harga 3200won ikut danubi.Nak cover semua tempat boleh spend masa satu hari atau 5 jam kat sana.


danubi train


gambar ibu dan anak..ada cerita di sebalik gambar ini..









wah..cantiknya dia...




seperti yang kau inginkan





kos hari ini :

subway Busan station-nampo station  =3200won
bas dari Nampo station ke Taejongdae Park = 1200won
danubi                                                = 3200won
food                                                   = 5000won
bas Taejongdae-Nampo                     = 1200won
subway Nampo-Busan station            =3200won
food,bread,mineral water                   =11200won

Friday, 24 October 2014

Kota Kinabalu-KLIA2-Korea Day 2


Busan Korea

23.10.2014-27.10.2014


Flight Air Asia dari KLIA2 selamat mendarat pada jam 8.15am waktu tempatan.Tiba di arrival hall kami  ke kaunter informasi bertanya bas menuju ke Busan station.Untuk ke Busan Station boleh menggunakan tiga alternative sama ada menggunakan taksi, subway atau bas,Kami bertiga menggunakan bas dan perlu tunggu di platform no.4.Tambang bas 4200won ,bayar masa nak naik bas,perjalanan ke Busan Station mengambil masa 45 minit.

Bas berhenti di Busan Station,kita  turun dan masuk ke subway bawah tanah untuk mencari exit no.2 saya telah menempah Hansung Motel sebagai tempat penginapan kami selama 3 malam.

Jarak berjalan kaki dari Busan Station  ke Hansung Motel  dalam masa 2 minit ,caranya pergi ke Busan station cari exit no.2 dan keluar dari exit tersebut,jalan lurus,Nampak kedai elektrik di sebelah kiri.Lorong pertama Standarad Chatered bank ,masuk ke lorong pertama.Jalan lurus sehingga jumpa café ING Coffee Beer di sebelah kiri dan kanan GS25 Mart di depan anda.Jalan lurus sehingga tiba di GS25  Mart dan pusing kanan dan jalan lurus ke depan.Di sebelah kanan anda sekarang ialah Starbucks café dan anda perlu jalan lurus sehingga terjumpa restaurant di sebelah kanan anda dan di sebelah kiri ialah Hansung Motel.

Busan map







Hansung Motel Busan



Kami tiba di motel pada jam 8.30 pagi,baik mak cik yang urus tu dia suruh bayar cash money dan boleh ambik kunci bilik terus..motel ne tak ada lift ya, luggage  kena bawa sendiri dan kena naik tangga.

bilik triple

ada tv,meja kecik dan fridge

ubat gigi,shampo merangkap body soap di sediakan

tangga..lift tak ada


Masuk bilik saja terus baring atas katil akhirnya terlelap kita orang bangun pada jam 11 am.Planning nak pergi makan tapi kawan seorang tu nak ke Jagalchi Market.Jagalchi Market tak masuk dalam itinenary saya,homework tak buat..ermm..lantak saja la.masuk balik ke Busan station tanya pakcik informasi yang berdiri dekat gate masuk subway..dia bagi kita map(map bahasa korea yer)dia terangkan pun guna bahasa diorang..hehe..angguk kepala jer la ntah faham entah tak..kita orang pergi ke mesin tiket pak informasi yang tolong ye..tiket subway 3200won seorang,turun ke bawah lagi menunggu subway ke Jagalchi Station.
Pengumuman dalam subway  3 bahasa iaitu bahasa English,Cina,Jepun,dengar announcment  jer la,kita keluar berpandukan arah yang di tulis di luar subway tersebut.keluar exit 10 belok ke kanan ikut sepanjang lorong jual buah-buahan pusing kiri jumpa la Jagalchi market pasar ikan ya,ikan semua yang segar dan besar2 belaka yang kecik pun ada juga.Semuanya segar belaka..



dah puas keliling market kita orang pergi ke tingkat 4 untuk cari gerai makanan dah banyak tutup jam dekat 4pm.




keluar dari market kita masuk subway balik keluar ke exit no.10 kitaorang pergi ke Busan International Festival Film..puas ronda dan gambar kita pergi ke Busan tower.jam 7pm balik ke Busan station













macam-macam..

kos perbelanjaan untuk hari ini

bas airport ke Busan station = 4200won
hansung Motel for 3 night    =165000won
busan station -Jagalchi          = 3200won
Lunch                                    = 4200won
Dinner                                   =8900won



Sunday, 2 March 2014

Travelling sendirian

Wanita bepergian sendiri ke luar negeri? Kenapa tidak, pasti ada tips dan triknya. Ini cerita saya yang pertama kali backpacking ke luar negeri dan benar-benar sendiri.

Perjalanan ini dimulai karena saya mendapat tiket murah pesawat Kota Kinabalu-Singapore-Germany-Finland-Sweden-Finland-Paris-Finland-Rome-Finland-Switzerland-Finland-Germany-Singapore-Kota kinabalu. Saya pun memutuskan untuk membelinya karena tidak mau menyia-nyiakan kesempatan.Namun ini bukan route pertama saya bergerak sendiri ,backpacking partama saya  ialah Kota kinabalu-Singapore,pertama kali ke luar negara, hotel belum di booking,akibatnya saya di tahan beberapa minit sebab tidak tahu penginapan di mana.Trip kita di rancang 100% oleh dua orang sahabat saya dari Kuala Lumpur.

Akhirnya saya di lepaskan apabila salah seorang pegawai imigresen bertanya siapa sahabat saya di Singapore dan dia bekerja sebagai apa lalu meminta no hp sahabat saya.

Setelah mendapat return flight inilah 11 perkara yang harus dilakukan solo traveler perempuan:

1.Minta izin orang tua


Minta  izin dari orang tua adalah penting. Jika telah bekerja, pastikan mendapat kelulusan cuti dari jabatan.

2. Siapkan semua dokumen

Setelah semua izin didapat, pastikan semua dokumen yang berkaitan sudah selesai. Beberapa dokumen tersebut antara lain tiket dan pasport dan juga wang

3. Bawa tripod


Hal lain yang tak penting untuk dipersiapkan adalah membawa tripod untuk memotret diri sendiri. Dengan membawa tripod, anda yang berpergian sendiri tidak perlu  meminta tolong pada orang lain untuk mengabadikan gambar.

4. Cari informasi mengenai tempat yang akan dikunjungi

Saat ini ada banyak sumber informasi mengenai berbagai destinasi. Traveler boleh mendapatkannya melalui buku panduan perjalanan melaui internet seperti Travel guide, forum-forum, atau pun majalah.

5. Pastikan telah memesan penginapan sebelum keberangkatan

Ini penting untuk para solo traveler, terutama bagi anda yang baru pertama kali. Anda tentu tidak mau dipusingkan mencari penginapan saat sampai di tujuan bukan?

6. Buat itinenary  perjalanan 

Karena tidak menggunakan travel agen , Anda harus membuat itinenary perjalanan. Tidak harus lengkap, cukup secara garis kasar saja. Hal ini akan sangat memudahkan kita untuk mengatur waktu.

Tak hanya itu, rencana perjalanan juga memudahkan anda untuk memiliki alternatif lain. Apalagi jika tempat tujuan yang kita rencanakan tutup atau tidak dapat dikunjungi.

7. Berpakaian sopan

Jika berada di negra orang, pakai pakaian yang sopan. Jangan menggunakan pakaian yang ketat, pendek, dan tidak perlu mengenakan high heels. Selain itu tidak perlu menggunakan perhiasan dan make up yang mencolok.

8. Belajar bahasa tempat tujuan

Untuk mempermudah komunikasi, pelajari bahasa destinasi tujuan. Jangan lupa juga untuk selalu tersenyum. Hal ini akan membuat masyarakat lokal merasa senang dan mereka akan lebih bersahabat pada kita.

9. Jangan pulang terlalu malam

Saat berkunjung ke suatu tempat kembalilah ke penginapan pada jam yang normal. Jangan pulang terlalu larut malam, karena Anda tidak tahu bagaimana kondisi daerah tersebut saat larut malam.

10. Jangan mengaku pergi sendiri

Saat bertemu teman baru, dan ditanya dengan siapa kita bepergian jangan sekali-kali memberitahukan mereka bahwa kita sendiri. Katakan saja Anda bepergian bersama teman. hal ini akan membuat mereka lebih segan kepada kita.

11. Berdoa, dan pasrah pada Tuhan

Kenapa ini penting? Tentunya Tuhan lah yang menjaga kita. Tapi Anda harus melakukan tindakan preventif tentunya.

Semoga 11 tips tadi memberikan keberanian untuk para wanita untuk pergi traveling seorang diri.

Travelling

Siapa yang suka travelling?Satu kegiatan paling mudah Dan menyenangkan dengan banyak Cara.Hanya tinggal pilih cara ekslusif dengan  menarik beg atau cara santai mengendong backpack.Apa pun yang di pilih untuk perjalanan jarak jauh harus menggunakan pesawat .

Tuesday, 14 January 2014

INDONESIA - Bandung~ day 2 part 2

mm

TANGKUBAN PERAHU


sambungan cerita kemarin....

ini ceritanya...


Gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter. Bentuk gunung ini adalah Stratovulcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang, mineral yang dikeluarkan saat gunung tidak aktif adalah uap belerang. Daerah Gunung Tangkuban Perahu dikelola oleh Perum Perhutanan. Suhu rata-rata hariannya adalah 17 oC pada siang hari dan 2 oC pada malam hari.

Di Jawa Barat tepatnya di Kabupaten Bandung terdapat sebuah tempat rekreasi yang sangat indah yaitu GunungTangkuban Perahu. Tangkuban Perahu artinya adalah perahu yang terbalik. Diberi nama seperti karena bentuknya memang menyerupai perahu yang terbalik. Konon menurut cerita rakyat Parahyangan gunung itu memang merupakan perahu yang terbalik. Berikut ini ceritanya.

Diceritakan bahwa Raja Sungging Perbangkara pergi berburu. Di tengah hutan Sang Raja membuang air seni yang tertampung dalam daun caring (keladi hutan). Seekor babi hutan betina bernama Wayungyang yang tengah bertapa ingin menjadi manusia meminum air seni tadi. Wayungyang hamil dan melahirkan seorang bayi cantik. Bayi cantik itu dibawa ke keraton oleh ayahnya dan diberi nama Dayang Sumbi alias Rarasati.
Dayang Sumbi sangat cantik dan cerdas, banyak para raja yang meminangnya, tetapi seorang pun tidak ada yang diterima. Akhirnya para raja saling berperang di antara sesamanya. Galau hati Dayang Sumbi melihat kekacauan yang bersumber dari dirinya. Atas permitaannya sendiri Dayang Sumbi mengasingkan diri di sebuah bukit ditemani seekor anjing jantan yaitu Si Tumang. Ketika sedang asyik bertenun, toropong (torak) yang tengah digunakan bertenun kain terjatuh ke bawah. Dayang Sumbi karena merasa malas, terlontar ucapan tanpa dipikir dulu, dia berjanji siapa pun yang mengambilkan torak yang terjatuh bila berjenis kelamin laki-laki, akan dijadikan suaminya. Si Tumang mengambilkan torak dan diberikan kepada Dayang Sumbi.
Dayang Sumbi pun menikahi Si Tumang dan dikaruniai bayi laki-laki yang diberi nama Sangkuriang. Sangkuriang memiliki kekuatan sakti seperti ayahnya. Dalam masa pertumbuhannya, Sangkuring selalu ditemani bermain oleh Si Tumang yang yang dia ketahui hanya sebagai anjing yang setia, bukan sebagai ayahnya. Sangkuriang tumbuh menjadi seorang pemuda yang tampan, gagah perkasa dan sakti.
Pada suatu hari Sangkuriang berburu di dalam hutan disuruhnya Si Tumang untuk mengejar babi betina yang bernama Wayungyang. Karena si Tumang tidak menurut, Sangkuriang marah dan membunuh Si Tumang. Daging Si Tumang oleh Sangkuriang diberikan kepada Dayang Sumbi, lalu dimasak dan dimakannya. Setelah Dayang Sumbi mengetahui bahwa yang dimakannya adalah Si Tumang, kemarahannya pun memuncak serta merta kepala Sangkuriang dipukul dengan senduk yang terbuat dari tempurung kelapa sehingga luka dan diusirlah Sangkuriang.
Sangkuriang pergi mengembara mengelilingi dunia. Setelah sekian lama berjalan ke arah timur akhirnya sampailah di arah barat lagi dan tanpa sadar telah tiba kembali di tempat Dayang Sumbi, tempat ibunya berada. Sangkuriang tidak mengenal bahwa putri cantik yang ditemukannya adalah Dayang Sumbi – ibunya, begitu juga sebaliknya. Terjalinlah kisahkasih di antara kedua insan itu. Tanpa sengaja Dayang Sumbi mengetahui bahwa Sangkuriang adalah puteranya, dengan tanda luka di kepalanya.
Dayang Sumbi pun berusaha menjelaskan kesalahpahaman hubungan mereka. Walau demikian, Sangkuriang tetap memaksa untuk menikahinya. Dayang Sumbi meminta agar Sangkuriang membuatkan perahu dan telaga (danau) dalam waktu semalam dengan membendung sungai Citarum. Sangkuriang menyanggupinya.
Maka dibuatlah perahu dari sebuah pohon yang tumbuh di arah timur, tunggul/pokok pohon itu berubah menjadi gunung ukit Tanggul. Rantingnya ditumpukkan di sebelah barat dan mejadi Gunung Burangrang. Dengan bantuan para guriang, bendungan pun hampir selesai dikerjakan. Tetapi Dayang Sumbi bermohon kepada Sang Hyang Tunggal agar maksud Sangkuriang tidak terwujud. Dayang Sumbi menebarkan irisan boeh rarang (kain putih hasil tenunannya), ketika itu pula fajar pun merekah di ufuk timur. Sangkuriang menjadi gusar, dipuncak kemarahannya, bendungan yang berada di Sanghyang Tikoro dijebolnya, sumbat aliran sungai Citarum dilemparkannya ke arah timur dan menjelma menjadi Gunung Manglayang. Air Talaga Bandung pun menjadi surut kembali. Perahu yang dikerjakan dengan bersusah payah ditendangnya ke arah utara dan berubah wujud menjadi Gunung Tangkuban Perahu.
Sangkuriang terus mengejar Dayang Sumbi yang mendadak menghilang di Gunung Putri dan berubah menjadi setangkai unga jaksi. Adapun Sangkuriang setelah sampai di sebuah tempat yang disebut dengan Ujung berung akhirnya menghilang ke alam gaib (ngahiyang).




Selepas bersarapan pagi di hotel kami bertolak menuju ke Tangkuban Perahu (sebuah kawah gunung berapi yang masih aktif tetapi tidak berbahaya).

Kami bertolak pada pukul 8 pagi,perjalanan memakan masa selama satu setengah jam. Jangan hairan jika penjual mengikut ke mana saja kita  pergi kerana itu memang cara mereka berjualan. Memang  ramai peniaga yang menyerbu kita dan menjual pelbagai barangan tetapi kita  boleh kata TAK NAK kalau tidak mahu..Elak  membeli di sana kerana barangan di Pasar Baru lebih murah menurut rombongan dari Negeri Perak

.Sebab saya dah terkena beli 5 tasbih untuk sahabat  diorng jual IDr150 ribu rupiah. Pastikan ada memakai kasut sneakers dan elakkan kasut bertumit kerana perjalanan ke kawah sangat jauh.Melainkan kita bawa kereta sendiri atau sewa kenderaan.

sibling and niece


lunch... 

di puncak apa namanya..dah lupa

Selepas makan tengahari,kami meneruskan perjalanan ke Bandung ,perjalanan kami diiringi hujan lebat,misi untuk membeli dress adakah kesampaian??

Misi seterusnya ke Rumah Mode ianya terletak di Sukajadi.Barangan yang dijual lebih kepada baju,seluar,pakaian kanak-kanak harga mahal sedikit daripada F.O.S jalan Dago atau Riau tapi tak ada pula dress yang diinginkan..hampa..

apa pun kita layan dulu hasil gambar kami berempat di Rumah Mode



wajah cerita adik-adik dan nieces




kami meninggalkan Rumah Mode dalam keadaan kecewa,ah..pak Ujang napa la tak nak bawa kami ke Pasar Baru??dia kata dia tak suka bawa tamu ke sana sebab banyak pencopet dan perlukan masa satu hari untuk menghabiskan masa explore tempat tu..ah...


Tak ada yang menarik dekat Rumah Mode tak masuk jiwa aku dengan style bajunya dengan colournya sekali,kebanyakan yang datang shopping masa tu warga emas huhuhu..


Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...