Anggap saja pelancong dari luar negara ini mempunyai sikap keterbukaan yang melampau mungkin mereka tidak tahu mengenai adat resam di sesetengah negara Asia.Atau kemungkinan juga mereka cuba mengambil perhatian dengan media luar bahawa mereka berjaya mencipta rekod mereka sendiri.
Setelah desakan demi desakan di buat akhirnya kerajaan telah menjatuhi hukuman penjara dan denda kepada pesalah tersebut..Sangat memamlukan dan kami meminta maaf bagi pihak anak kami kata setengah ibu bapa pelancong dri luar tersebut.
Akibat kejadian tersebut gempa bumi berlaku di negei.r Sabah khususnya di daerah Ranau dan kawana yang berdekatan dengan lokasi tersebut.Tetapi pakar sains mengatakan gempa bumi yang berlaku di sabah adalah di sebab kan fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi yang berlau di Ranau pada 5 jun 2015 jam 7.15 pagi telah menyebabkan kerosakan bangunan kerajaan,bank,bangunan kedai dan rumah persendirian.Namun yang paling menyedihkan pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu pada masa tersebut meragut 18 nyawa.
Saya tak nak kongsikan gambar-gambar mangsa dalam bloger saya sebab ianya sangat menyentuh perasaan saya.Rest in peace dan kepada semua ahli keluarga mangsa banyakkan bersabar dan semoga kuat menghadapi berita sedih ini.
No comments:
Post a Comment