Wednesday, 7 October 2015

Kota-Kinabalu- Bali-Korea day 2

2nd day in Indonesia : Bali



Diikenali sebagai Pulau Dewata sebuah pulau di Indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi pelancong dari Jepun dan Australia.
beriklim tropika  sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.

Gunung Agung setinggi 3,148 meter gunung tertinggi di Bali. Gunung berapi ini meletup terakhir kali pada Mac 1963. Gunung Batur merupakan lagi sebuah gunung di pulau ini.

Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.Sebentar lagi kita orang akan menjejakkan kaki ke tempat ini...



Elektrik soket sama seperti di Malaysia


ini soket di hotel yang saya tempah..hotel lain saya tak tahu




Selepas breakfast di hotel kami menuju ke lobi hotel,rupanya Hakim sudah sampai..yes..bagus..tepat masa.

BALI BARONG DANCE
Entrance fee 100,000 rupiah

lokasi pertama Hakim mengajak kami untuk melihat tarian Bali Barong Dance kalau ikut kan hati saya nak skip tempat ini tapi Hakim bagi tahu setiap pelancong yang datang ke Bali harus melihat tarian ini.Hakim mengatakan tarian ini merupakan tarian tradisi rakyat Bali tapi sebelum ke Bali saya dah reseach tentang tarian ini di google.. Tarian barong merupakan suatu tarian yang melambangkan peperangan antara kebaikan, yang direpresentasikan oleh barong, melawan kejahatan yang direpresentasikan oleh rangda. Lokasi tarian ini di kg.Batubulan Bali.

Barong Dance




seram nampak

Idr 90,000 di jual setelah selesai persembahan tarian



singgah sebentar ke toko emas dan perak bali tapi tidak berminat..

Lokasi kedua Tegalalang Rice terrace di kampung Tegalalang (North Ubud).
entrance fee 2000 rupiah

Lokasi yang sangat cantik,terdapat banyak kedai souvenir di lokasi tersebut cuma harga sedikit mahal.
Gambar-gambar sekitar Tegalalang Rice Terrace

Bali Map


Masa ini  bulan Oktober tanggal 7 2015

t'shirt yang di jual mahal jika di bandingkan di kedai cendramata di bandar Bali

Berhati-hati jalan di batas padi sebab becak


tunggu musim panen nanti
anak buah Rinie

Seterusnya menuju ke daerah kintamani di utara bali .Kintamani  merupakan kawasan tanah tinggi di mana ianya popular sebagai tempat untuk berhenti dan menikmati pemandangan cantik Gunung Batur.

sambil makan boleh melihat gunung...tapi panas nya haba matahari masa ini

bunga di tepi restoran
pemandangan cantik gunung Batur


singgah sebentar ke tempat pemprosesan kopi luwek,tidak di kenakan bayaran free entrance


musang ne di beri makan kopi bila musang ne berak tahi tu di bersihkan dan di proses jadi kopi luwek orang cakap sedap saya tak minum pun kopi tu
staff yang bertugas akan membawa kita berjalan-jalan sekitar kebun  kopi ne..


Perjalanan di teruskan dengan mengunjungi Tirta Empul yang berlokasi di daerah Tampak Siring, merupakan lokasi dimana terdapat suatu pura yang memiliki sumber air suci yang dipercaya sebagai tempat pembersihan (pensucian) diri atau dalam bahasa bali berarti pelukatan.
 Entrance fee 5000 rupiah





orang berbaris untuk cuci muka atau cuci tangan kitaorang posing ambik gambar..di kawasan ne ada orang yang sentiasa ikut kita orang dia bercerita tentang pura ne dan last minta duit..


luar dari kawasan pura terdapat gerai jualan  souvenier yang di jual  ada yang murah dan mahal


lokasi seterusnya adalah Jimbaran Beach
entrance fee ~ percuma makan ada yang murah ada yang mahal paling mahal boleh mencecah rm690 dengan 5 jenis hidangan nasi,sayur,ikan air minum dan buahan.




untuk dinner kami pilih menu untuk dua orang harga satu juta tiga ratus rupiah..tak sedap pun udang,ketam dan ikan macam tak segar,ikan masin biasa saja sayur kangkung...Tak berbaloi dengan harga..Jiran-jiran meja sebelah pun tak habis makan..



ombak di pantai pada masa ne sangat kuat orang ramai tak berani turun ke kawasan air
dua couple dari China turun ke dalam air

bersambung untuk bali traVel day 3..

No comments:

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...