8th day in Korea : Seoul-Everland
27.10.2014-30.10.2014
Dari Jeju International Airport terus ke Gimpo International airport fly with Jeju Airlines..Sampai di Airport terus menuju ke subway beberapa kali tukar subway akhirnya sampai juga di Hi5 Hostel Jongno 3 exit 11 pada jam 11am..syukur owner hostel tersebut dengan baik hati menyuruh kita check in lebih awal tanpa sebarang charge tambahan.Mungkin dia kasihan dengan wajah kami sebab dia cakap "you all must tired for long journey"..padahal kami dari Jeju..terima kasih la cik Daniella lepas ne boleh la melelap kan diri sekejap..jam 12pm kita keluar sebelum tu sempat bertanya pada cik Daniella cara nak ke Eveland...dia cakap tak jauh pun nak ke sana..
Cara nak ke Everland Korea
Macam nak ke Nami Island ada Shuttle Bas yang akan bawa korang terus ke Everland tapi ia mahal sikit & rugi sebab dia orang balik lebih awal. Jadi we all macam biasa akan pilih cara yang paling murah.. Cara nak ke Everland Korea tak susah tapi ada 3 kali transfer sebelum boleh masuk ke Everland ..
Jika gerak dari Dongdaemun Culture Park Station ambil line 2 ( hijau ) dan terus ke Gangnam Station masa lebih kurang 30 minit jugak dlm train ada 17 stop sebelum sampai ke Gangnam Station. sesudah sampai sila keluar ikut Exit 6 atau 7 keluar je korang akan nampak deretan kedai-kedai di sebelah kanan dan jalan raya yang besar di sebelah kiri, manakala tempat tunggu bas ialah kat tengah-tengah jalan. Jadi sila cari tempat lintas dan tunggu di pondok bas yang ada tulis bas no 5002 macam kat bawah ni.Paling senang kalau jumpa kedai who are u..lokasi tunggu bas dekat sana lah ramai orang baris tunggu giliran naik bas.
Dalam 50 minit dalam bas dan tibalah ke destinasi hentian tapi ni bukan Everland lagi. Kena naik Free Shuttle Bus plak untuk transfer ke Everland.Kalau tak tahu ikut je la orang-orang dalam bas tadi semua tu akan pergi ke tujuan yang sama iaitu Everland.
Tak lama lepas tu tiba lah we all kat hadapan pintu masuk Everland. Jangan lupa print kupon di online website Everland Website Everland. Kat website juga diaorang akan tulis apa-apa promosi dan sambutan terkini di Everland jadi jgn lupa Check it out first.
website http://www.everland.com/web/multi/english/everland/main.html
Nak balik pun sama ikut bas yang sama...