Prosedur ke Jepun
Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang rakan,mempelawa melancong ke Negara Jepun . Ramai juga kawan-kawan yang berminat melancong ke Jepun. Melancong memang seronok kalau poket berisi.
Visa Jepun 1) Umumnya, semua jenis urusan bagi rakyat Malaysia untuk masuk ke Jepun memerlukan visa. Visa pelawat, visa pekerja, visa pelajar.Untuk melancong di Jepun, sila beri pehatian kepada keperluan berikut .
Personal savings, latest current account statement, fixed deposit, Tabung Haji or Amanah Saham Berhad (ASB) (original certified true copy by the bank) (need to show the applicant’s name as the account owner, account number and current balance)"
Beberapa rakan saya tidak lepas permohonan visa kerana jumlah terkumpul dalam akaun tidak meyakinkan pihak kedutaan. Sekurang-kurangnya jumlah terkumpul RM10k perlu dibuktikan untuk mengelakkan permohonan ditolak. Syarat ini dikenakan untuk mengelakkan pemohon datang ke Jepun melencong dari tujuan untuk melancong dan bekerja secara haram untuk mendapatkan pendapatan tambahan
.Bila masa terbaik untuk ke Jepun
1) Untuk bermain salji, bulan Januari. Tetapi bandar seperti Tokyo dan Osaka hanya bersalji dalam sehari atau dua sahaja dalam setahun. Bandar di bahagian utara Jepun seperti Sapporo, Sendai, Akita bersalji lebih dari 3 bulan.
2) Elakkan bulan Julai kerana ia musim taufan. Angin kuat.
3) Mahu melihat sakura berkembang? Waktu sakura mengembang bergantung kepada lokasi dan tahan hanya seminggu sahaja. Boleh rujuk link berikut-->http://www.japan-guide.com/e/e2011_when.html
4) Disneyland Tokyo? Saya tidak begitu enjoy di sini. Sebabnya semua penjelasan, pengumuman..semua kebanyakan dalam bahasa Jepun. Teringat bila masuk rumah hantu, ada penceritaan..orang lain semua menjerit ketakutan..tapi saya terpinga2 tidak faham apa yang diceritkan, siap menguap2 boring.. Mungkin kita boleh lihat kemegahana bangunan dan suasana Disney, tetapi mungkin kita tak faham arahan, walhal ingin pesan makan pun payah.
5) Musim bunga adalah masa yang paling seronok. Di Hokkaido musim bunganya panjang dari bulan 5 hingga bulan 8. Macam-macam jenis bunga, tulip, bunga matahari, ros, termasuk juga memetik buah-buahan, strawberi, anggur, lain, ceri. Seronok betul.
Senang jer nak apply visit visa...yg penting kena ada return tiket flight, hotel booking, statement bank 3bln, employment certificate. lepas tu buat la schedule of stay(itinerary) yg simple jer,isi form, bwk gambar paspot pastu g la ke kedutaan jepun.
tips dari saya:-
1. Google Maps
– cari dan tentukan tempat di mana anda ingin lawati. Saya cadangkan print semua map2 tersebut dan tandakan semua kawasan yang ingin dilawati. Tentukan kawasan di tengah-tengah semua lokasi yg hendak dilawati dan cuba perhatikan stesen keretapi yang berdekatan. Tandakan nama jalan atau tempat tersebut.
2. Penginapan
– Anda boleh layari http://hostelbookers.com bagi melihat rate2 hostel dan hotel serta homestay yang agak murah. Atau untuk lebih mudah dan selesa – layari http://www.airbnb.com atau http://www.wimdu.com. Kedua-dua website tersebut adalah listing “homestay” yg mana bilik2 kosong disewakan di seluruh dunia. Saya bekerja sebagai photographer di kedua-dua syarikat ini. Dan saya sangat rekomenkannya pada puan. Kelebihannya adalah puan akan tinggal bersama “host” atau tuan rumah dan beliau kebiasaanya akan membantu puan dari segi memberi tunjuk arah, panduan tips dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berbesar hati untuk membawa puan berjalan di bandar mereka. Harga lebih murah jika puan sewa dalam jangkamasa panjang.
3. Makan Minum
– Bawa periuk nasi kecil dan lauk segera(sekiranya tinggal di hostel atau hotel) boleh masak nasik sebelum keluar dan bawa bekal. Sekiranya di bilik hotel, nasi mudah dimasak, dan pek lauk segera boleh direndam di dalam sink dengan membuka paip air panas. Sekiranya tinggal di homestay – sila tanya tuan rumah samada dibenarkan menggunakan dapur (biasanya dibenarkan) namun molek bawak periuk dan pinggan/bekas plastik sendiri.
4. Keretapi
– Paling penting di Tokyo adalah untuk menaiki keretapi – ingat keretapi di jepun sangat banyak dan stesen2 bawah tanahnya sangat besar. Jadi bersedia untuk sesat. Tips saya – sila guna Google Maps, tandakan semua stesen berhampiran kawasan yg ingin dilawati. Atau sekiranya ke kedai buku, sila dapatkan map tokyo yang ada route public transport/train yang terkini. Tips – sekiranya confused – sila beli tiket yang paling murah, dan kemudian jika keluar ke stesen sterusnya – sekiranya jumlah harga yg dibayar tidak mencukupi – puan boleh ke kaunter utk membayar perbezaan baki. Jangan membeli tiket mahal sekiranya tidak pasti di stesen mana yg anda akan turun.
5. Makanan Segera
– makan dan minum adalah mahal di Tokyo. Sekali makan untuk 2 orang dewasa sekurang-kurangnya Rm100. Jadi bersedia untuk bawak bekal dan makan makanan segera seperti McDonald. Boleh makan fries, dan burger fillet o fish. Selepas makan pastikan tray dihantar ke tempatnya dan bersihkan/kemaskan meja anda.
6. Servis Tips
– Tidak perlu memberi tips sekiranya tinggal di hotel kepada bell boy, pemandu teksi dan etc. Tips tidak dipraktikan di Jepun. Sentiasa senyum apabila membuat urusniaga / membeli barangan. Wang akan dikira di hadapan anda (apabila membayar) bagi memastikan jumlahnya cukup dan kemudian bakinya turut dikira di hadapan anda bagi memastikan ianya betul. Sila pastikan ianya betul – jangan selepas dah keluar kedai dan masuk balik memita baki. Itu adalah tidak sopan.
7. Kebersihan Diri
– Sentiasa membawa wet tissue atau botol air untuk ke tandas.
8. Pakaian Sesuai
- September hingga Mac adalah musim sejuk – pastikan jaket yang sesuai. Suhu biasanya dalam 7-15 darjah celcius (autumn) dan 5-negatif (winter). Sila lihat laman web cuaca sebelum bertolak. Jaket di Malaysia adalah mahal (200-500ringgit sehelai) manakala di Tokyo agak murah iaitu sekitar RM50-RM80. Sekiranya flight puan sampai di sebelah siang di Narita boleh naik ke bahagian atas (perlepasan) dan pergi ke Uniqlo (ada di KL dan KLCc tetapi agak mahal berbanding di Tokyo). Kasut juga adalah penting, pastikan kasut yang sesuai untuk berjalan (walking shoes) dan sekiranya pada musim sejuk, pastikan boot yang sesuai dan seeloknya kalis air. Keselesaan di kaki akan menentukan keselesaan anda keseluruhannya.
9. Adab berjalan
– seperti memandu, sentiasa di sebelah kiri dan orang dari hadapan akan lalu disebelah kanan kita. Naik eskalator sila pastikan sentiasa berada rapat di sebelah kiri – biarkan ruang di sebelah kanan kosong utk orang yang nak cepat. (Di Jerman di mana saya pergi melancong adalah di sebelah kanan kerana cara pemanduan di sini juga di sebelah kanan jalan)
10. Adab Keretapi
– Sila beratur untuk menaiki pengangkutan awam- terutama keretapi. Orang jepun sangat sopan di dalam keretapi, tiada bunyi telefon atau bercakap-cakap (semuanya senyap, membaca atau ber-sms) dan semua nada dering telefon dimatikan. Jika tertumpah air, minuman atau makanan, sila lap atau kutip semua sisa tumpahan. Orang jepun kalau air tumpah di dalam train diorang lap pakai baju (kalau takde tisu)
11. Bagi perokok – tidak boleh merokok di merata-rata tempat, samada di luar ataupun di dalam bangunan. Tidak boleh merokok semasa berjalan di kaki lima kedai di taman-taman dan hampir keseluruhan tempat. Sila cari tanda kawasan merokok, biasanya setiap 100meter sepanjang kaki lima kedai. Tips – tengok tempat orang ramai berkumpul macam tengok orang jual ubat kat pasar malam tu tandanya kawasan merokok
10. Tips Sekuriti
– Kawalan keselamatan di airport agak ketat – kadang-kadang anda akan ditahan oleh polis berpakaian biasa di ruang legar selepas puan keluar. Sila pastikan semua dokumen tersedia. Soalan lazim adalah tujuan lawatan, destinasi, tempat tinggal, berapa lama dan sebagainya.
11. Tokyo adalah bandar yang sangat bersih
– sila pastikan kebersihan tersebut terjaga.
Diharap tips-tips mudah ini dapat membantu anda membuat persediaan ke Jepun.
** make sure dlm akaun bank kena ada byk duit sbb kat jepun blanje mahal. - See more at: http://kadoridesuyo.blogspot.com/2011/01/prosedur-ke-jepun.html#sthash.sOQlA4gK.dpuf
No comments:
Post a Comment