Tuesday, 4 November 2014

Korea-Seoul day 13

13th day in Seoul Korea :

Kita orang check out dari hotel Rocustel dan menapak ke stesyen bas Sokcho.Beli tiket dan tak lama kemudian bas bergerak menuju ke Dongseoul Bas Terminal sampai kat stesyen tu cari kedai makan..diorang makan la saya tak ada ngam di hati nak cari nasi juga.Sambil tunggu diorang makan saya beli minuman susu perisa pisang di kedai berdekatan.Kurang sejam tersa loya,singgah tiolet dan muntahkan semuanya.
Lepas tu kita bergerak menuju ke Gangbyeon station dan ambik lain menuju ke jongno 3.





















Monday, 3 November 2014

Korea-Seoul day 12


12th day in Korea : Sockho


30.10.2014-7.11.2014



Untuk menuju kota Sokcho sebenarnya ada beberapa cara, boleh menggunakan bas atau taxi. Kami memilih menggunakan bas sebab lebih murah di bandingkan menggunakan bas. Lagi pula, jarak  dari Seoul menuju Sokcho tidak begitu jauh. Hanya 2 jam 20 minit  perjalanan dengan menggunakan ekspress bus dari Dong Seoul Bus Terminal.

Untuk menuju Dong Seoul Bus Terminal kami harus turun di Gangbyeong Station yang berada pada Green Line. Oleh karena itu, kami naik subway menuju City Hall terlebih dahulu untuk transit menuju Green Line. City Hall Station berada setelah Seoul Station, sehingga kami tidak perlu menunggu lama untuk menaiki  subway menuju Gangbyeong Station. Saat  pindah subway, kami tidak perlu membayar tiket lagi selama kami tidak keluar station pada saat akan ganti subway.

Gangbyeong Station adalah station ketiga belas setelah City Hall Station. Selama berada  di Korea perlu membawa peta subway agar tahu harus naik dan turun pada jalur mana. Jangan takut untuk turun di station yang salah sebab pengumuman di beri sebelum subway berhenti pada setiap station.

Setelah sampai di Gangbyeong Station, kami harus keluar melalui exit #4 untuk menuju Dong Seoul Bus Terminal. Terletak di seberang jalan raya.Dong Seoul Bus Terminal melayani hampir keberangkatan ke seluruh penjuru Korea dengan menggunakan Express Bus atau Intercity Bus. Kami  membeli tiket menuju Sokcho sehala 17300 won.

Perjalanan ke Sokcho mengambil masa 2 jam 30 minit,kami tiba di Stesen bas pada jam 10.40 pagi.Kami menunggu bas di bas stop  bersebelahan dengan terminal bas dan perlu menaiki bas ke Mount Soerak  bas no.7,7-1,tambang bas 2200 won perlu berhenti di stesen terakhir..

Rocustel Hotel
penginapan kami selama berada di sokcho berhadapan dengan terminal bas menuju ke Gabyeong Station


mount Sorak



nak ke sini kami jalan kaki selama 20 minit...
Abai Village






kos untuk hari ini:

Jongno-Gangbyeong Station guna T money = rate di tolak dari Tmoney
Bas ke Sokcho = 17200won sehala
bas ke mount soeraksakan return = 2400won sehala
entrance fee = 3000won
entrance fee kabel car =8000won
makan = 5000won
hotel Rocustel 1 malam (triple) =48000 won

Sunday, 2 November 2014

Saturday, 1 November 2014

Korea-Seoul day 10 part 2

10th day in Korea : Seoul 

30.10.2014-7.11.2014



Gyeongbokgung Pallace

Istana ini di bina pada tahun 1934 dan sudah banyak di baik pulih.Istana ini adalah istana yang paling besar dan paling luas diantara lima istana lain yang telah dibina oleh Dinasti Joseon.

di kawasan istana ini terdapat National Folk Museum  of Korea.Upacara penggantian pengawal istana di lakukan pada jam 10.00am dan 3.00pm.Selain dari itu pameran costum hanbok juga di pamerkan pada masa itu..Boleh try pakai hanbok tak ada bayaran.

cara nak ke Istana,naik subway line 3,turun di stesyen Gyeongbokgung,keluar melalui exit 5 jalan kaki dalam masa 6 minit boleh sampai di istana.








Changdeokgung Pallace






secret garden


Korea-Seoul day 10 part 1

10th day in Korea : Seoul-Gangnam-Lotte World

27.10.2014-30.10.2014




Untuk menuju Lotte World, kami harus turun di Jamsil Station dan keluar pada exit #4. Exit #4 akan membawa kami langsung menuju Lotte World.






Habis pusing kat sini kita orang pun keluar dan singgah ke bangunan Samsung..harga lebih kuranag je..Teringin nak tengok bangunan yang menjual pelbagai barangan handphone dan kamera kami singgah di Yongsan..harga pun sama dekat Malaysia..peniaga di sini ada mahir berbahasa melayu dan Indonesia.




Thursday, 30 October 2014

Korea-Seoul day 8

8th day in Korea : Seoul-Everland

27.10.2014-30.10.2014

Dari Jeju International Airport terus ke Gimpo International airport fly with Jeju Airlines..Sampai di Airport terus menuju ke subway beberapa kali tukar subway akhirnya  sampai juga di Hi5 Hostel Jongno 3 exit 11 pada jam 11am..syukur owner hostel tersebut dengan baik hati menyuruh kita check in lebih awal tanpa sebarang charge tambahan.Mungkin dia kasihan dengan wajah kami sebab dia cakap "you all must tired for long journey"..padahal kami dari Jeju..terima kasih la cik Daniella lepas ne boleh la melelap kan diri sekejap..jam 12pm kita keluar sebelum tu sempat bertanya pada cik Daniella cara nak ke Eveland...dia cakap tak jauh pun nak ke sana..


Cara nak ke Everland Korea

Macam nak ke Nami Island ada Shuttle Bas yang akan bawa korang terus ke Everland tapi ia mahal sikit & rugi sebab dia orang balik lebih awal. Jadi we all macam biasa akan pilih cara yang paling murah.. Cara nak ke Everland Korea tak susah tapi ada 3 kali transfer sebelum boleh masuk ke Everland ..
Jika gerak dari Dongdaemun Culture Park  Station ambil line 2 ( hijau ) dan terus ke Gangnam Station  masa lebih kurang 30 minit jugak dlm train ada 17 stop sebelum sampai ke Gangnam Station. sesudah sampai sila keluar ikut Exit 6 atau 7 keluar je korang akan nampak deretan kedai-kedai di sebelah kanan dan jalan raya yang besar di sebelah kiri, manakala tempat tunggu bas ialah kat tengah-tengah jalan. Jadi sila cari tempat lintas dan tunggu di pondok bas yang ada tulis bas no 5002 macam kat bawah ni.Paling senang kalau jumpa kedai who are u..lokasi tunggu bas dekat sana lah ramai orang baris tunggu giliran naik bas.


Dalam 50 minit dalam bas dan tibalah ke destinasi hentian tapi ni bukan Everland lagi. Kena naik Free Shuttle Bus plak untuk transfer ke Everland.Kalau tak tahu ikut je la orang-orang dalam bas tadi semua tu akan pergi ke tujuan yang sama iaitu Everland.

Tak lama lepas tu tiba lah we all kat hadapan pintu masuk Everland. Jangan lupa print kupon di online website Everland Website Everland. Kat website juga diaorang akan tulis apa-apa promosi dan sambutan terkini di Everland jadi jgn lupa Check it out first.

website http://www.everland.com/web/multi/english/everland/main.html

Nak balik pun sama ikut bas yang sama...

Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...