dah lama tak dapat sakit ne..benci betul bila kena dapat penyakit batuk-batuk dan hilang suara ne..last dapat tahun 2000 ...bencinya..bila la sembuh
Friday, 29 November 2013
Kuala Penyu Sabah
Out station lagi...hari ini ke Kuala Penyu
Apa sebab di nama kan Kuala Penyu..banyak penyu ke??
Kalau nak ke Pulau Tiga Survivor Island kat sini lah jalan utamanya..saya tak pernah jejak kaki ke pulau tu lagi..ntah bila...?? tak tahu lagi..
Kuala Penyu ini terkenal dengan beach yang sangat cantik dan bersih seperti Tempurung Beach,sawangan Beach dan ungai Labuan WAterfront.
Selain dari tu Pokok Sago juga di tanam di aerah ini dan pengeluar utama produk sagu.Setiap tahun pesta rumbia di adakan di pekan ini..sangat menarik.
sago palm flower sagu yang telah di proses boleh di buat kuih jom kita ke pantai Sawangan |
Jika teringin nak ke wilayah Persekutuan Labuan ada feri yang sedia membawa penumpang mahu pun kenderaan anda..
Sipitang Sabah
Sipitang Sabah
Datang ke sini pun di sebabkan tuntutan kerja..jom kita lihat apa yang ada di pekan Sipitang..
roundabout |
Esplanad Sipitang |
jangan lupa singgah membeli sate di deretan gerai sepanjang tepian laut berdekatan dengan esplanad Sipitang.. |
St.John The Baptist Catholic church |
Pekan Sipitang ne di tepian pantai yang cantik.. |
masjid |
pakaian ethnic Lundayeh (ihsan mr G) |
yang ini pula gambar ibu-ibu dengan pakaian tradisi mereka (ihsan mr.G) |
Unduk Ngadau Sipitang dengan pakaian tradisi |
Dataran Bengkoka Pitas Sabah
out station lagi
ada bilik baru di buka ya...
Indah Chalet Bengkoka Pitas
Apa yang ada di Indah Chalet Bengkoka Pitas..jom kita lihat tapi sebelum tu kita check dulu di mana kah lokasinya...
Indah Chalet &Restaurant terletak di kawasan dataran bengkoka Pitas Kampung Tanjung Sinimpul,Pinggan-Pinggan Pitas.Jarak dari Kota Marudu Sabah lebih kurang 31 km atau dari Kota Kinabalu Sabah 120 km atau dari Sandakan Sabah (jalan Paitan) 154 km.Jarak dari Pekan Baru Pitas lebih kurang 13km(15 minit).Terletak menghadap Teluk Marudu (laut Sulu)
imej dari google map |
gambar-gambar sekitar Dataran Bengkoka Pitas
kawasan ini ramai orang memancing... |
room rate Indah Challet |
ada bilik baru di buka ya...
Inilah tempat tidur kami orang apabila out station di kawasan Pitas..
Tuesday, 5 November 2013
Switzerland Travel
Zurich Travel ~ 12.8.2013-16.8.2013
Switzerland Map |
Tiba di airport Zurich
An international airport, excellent train connections and a well developed road network make Zurich the ideal location for convenient arrivals from around the world. Zurich is located in the center of Switzerland and at the heart of Europe. Whether you are coming from Madrid or Stockholm, most European capitals are reached in less than 2.5 hours from Zurich by plane. With its Main Railway Station, Zurich also has the largest railway station in Switzerland – with direct connections to other Swiss cities and the surrounding countries. Find out more about arriving in Zurich by bus, train, car or plane.Akhirnya sampai juga kami ke airport Zurich pada jam 10.15 am waktu tempatan...kita sepakat mengambil taxi dan driver yang kita dapat merupakan pemandu wanita,sangat peramah orangnya dia bercerita tentang bandar Zurich bandar pelancongan yang cantik,bersih dan sistem pengangkutan yang menepati masa dan satu pesanan darinya sentiasa berhati-hati bila bertemu dengan orang yang tidak di kenali,jaga barang peribadi terutama wang dan pasport anda,safe journey and God Bless your all..
kami tiba di Hotel Limmathop pada jam 10.45 pagi mencuba nasib jika di izin kan untuk check in bilik,syukur pekerja hotel tersebut memberi kami kunci untuk masuk ke dalam bilik..hotel Limmathop zurich Adresse: Limmatquai 142 CH-8001 Zürich Telefon 044 267 60 40 Fax 044 262 02 17
Ausland/Abroad +41 44 267 60 40 / +41 44 262 02 17 e-mail info@limmathof.com
dari depan hotel |
bilik macam ini saja pun harga satu malam 150 swiss franc sangat mahal |
lokasi hotel ne berdekatan dengan Zurich main station dan bas so senanglah jika nak ke mana-mana.Selesai letak beg dalam bilik kami orang terus ronda-ronda bandar Zurich
cantiknya senireka bangunan nak datang sekali lagi ke sini tapi tak tahu bila..bila fikir penatnya duduk dlm flight berjam-jam.. |
Switzerland , sebuah negara berkecuali yang terletak di tengah eropah bersempadan dengan Germany di utara,France di barat,Italy di selatan dan Austria serta Liechtenstein di timur.
Sebelum ini, tak pernah terfikir dek akal bahawa aku akan menjejakkan kaki di bumi ini, tapi dengan keizinan Dia yang maha kuasa, perkara yang pada pandangan ku mustahil untuk aku capai akhirnya menjadi kenyataan.Menggunakan mata wang swiss franc kerana tidak menyertai kesatuan eropah.
Zurich Switzerland 12/8/2013-16/8/2013
Day 2 13.8.2013
Destinasi kali ini kami sepakat ke Lucerne juga di kenali sebagai Luzerne
kami membeli tiket Eurostar yang ne macam keretapi elektrik return
sf 48.00 dari Bandar zurich ke Luzerne..mengambil masa 1 jam 40 minit,,ada peristiwa berlaku pada masa ini..kita orang sesat semasa menaiki Eurostar..tak pe la pengajaran buat backpacker,destinasi terakhir yang kita nak pergi lain lokasi akhirnya kami orang keluar dari train dan kita orang tanya dengan tuan punya kedai majalah dalam stesen tersebut dia kata kami kena patah balik ke Luzerne..apa lagi masuk semula dalam train..dalam train tersebut ada pak polisi dan ticketing nak check tiket sebelum saya tunjuk tiket saya bagitau dengan pak cik ticketing tu (dalam train ada tu ada lekat notes denda sf100.00 jika tak ada tiket mahal mak oi ..RM350 duit kita orang)..
pakcik ticketing tu senyum kambing jer tengo aku..it's ok miss..i understand..selamat aku..thank you sir..dia ambil tiket kamiorang then tulis sesuatu dalam tiket kami..oo rupanya jadual train ke Luzerne..TQVM sir..
peringatan kepada diri sendiri lain kali jangan percaya pada penjual tiket di kaunter lihat up date di skrin tv dinding..kan dah kena and buang masa je..
akhirnya kami sampai juga di Luzerne...
ini penting |
bertuah badan sampai sini capture by |
macam gunung kinabalu |
tempat ini sejuk padahal matahari sangat panas,setelah puas keliling bandar luzerne kami orang pun balik.
main station |
hampir tersalah platform |
Tiba di zurich pada jam 5.20 pm,perut pun dah rasa lapar kita pergi mencari restoran yang ada hidangan nasi..akhirnya jumpa tapi berharga sf70..nasi,daging ayam,sayur..kedekut tak juga tapi budget tu dah lari..jalan-jalan akhirnya terjumpa satu restoran kecik ownernya orang indonesia..nasi,daging ayam,sayur sf 25.00.
lepas tu kita orang berpisah arah Yin nak cari baju saya pula nak cari jam dan jam tak dapat beli sebab harga lebih kurang saja bila beli di KK.Swiss memang terkenal dengan buatan jam jenama terkenal dunia.Kesempatan mengunjungi pusat membeli belah Bucherer yang hanya menjual jam.Sebut saja Tag Heuer,Tissot,rolex semua itu berasal dari swiss,mereka bangga dengan jenama swiss made yang tertera di jam tersebut.harga bermula sf 89.00 hingga la ke puluhan ribu..
Benarlah kata husband laimes negara Switzerland merupakan negara termahal di Eropah,bila melihat harga sebiji fridge magnet dan key chain mencecah sf 9.00 dan saya hanya mampu untuk membeli sebiji fridge magnet dan sekeping poskad berharga sf5.00 untuk kenangan diri sendiri.
Switzerland juga terkenal dengan produk coklatnya dan bukan negara yang mengeluarkan koko sebagai bahan asas penting dalam pembuatan coklat.Tetapi merupakan pengeluar utama coklat yang terkenal dan berkualiti seperti Tablorone dan bermacam jenama lagi.Ini sepatutnya menjadi contoh kepada negara lain bahawa tidak memiliki sumber alam bukan bererti kita tidak boleh mengeluarkan produk tersebut.
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi yang subur sepatutnya mengambil contoh tersebut.
Zurich Switzerland 12/8/2013-16/8/2013
Day 3~ 14.8.2013
Rheinfall
Destinasi hari ini saya seorang jer sebab yin entah ke mana perginya saya nak sangat p waterfall terbesar di Eropah .Saya menuju ke stesen banhop Zurich untuk membeli tiket dapat la satu tiket sf 48.00.Booking terus untuk ke Jungfrau yang ini ambil pakej sf208.00 sebabnya orang Zurich ne tak lancar bahasa englishnya,dia tau cakap bahasa diorang jer..sebilangan kecik je yg tau b.i.
Planning asal sebenarnya nak ikut mrt tapi berdasarkan cerita penjual tiket mrt ke arah Rheinfall rosak sebab minggu lepas berlaku pelanggaran dua mrt di kawasan tersebut.Dia mencadangkan lebih baik mengambil tour local.
Kebanyakan gambar yang di ambil menggunakan handphone kamera Samsung Mega dan juga nokia.. |
besar juga lah |
menakutkan |
Zurich Switzerland 12/8/2013-16/8/2013
Day 4~ 15.8.2013
Lokasi seterusnya menuju ke Lauterbrunen
Dari naik bas seterusnya naik keretapi,Tour Lauterbrunen bercampur dengan tourist serata dunia majoriti orang India lah.Ermm masa ne saya keluarkan kamera compact nikon,dua orang cewek India mentertawakan saya.
Mereka berdua mengeluarkan iphone..ahh..iphone kecik je..bisik hati saya..
Kat sini saya keluarkan Samsung Mega 6.3 inc..cewek India terus terdiam sengaja lagi saya angkat tinggi-tinggi my hp masa nak capture picture ne.. |
m |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
Tarikh 3 August 2020 Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...
-
Sipitang Sabah Datang ke sini pun di sebabkan tuntutan kerja..jom kita lihat apa yang ada di pekan Sipitang.. roundabout E...
-
out station lagi Indah Chalet Bengkoka Pitas Apa yang ada di Indah Chalet Bengkoka Pitas..jom kita lihat tapi sebelum tu kita check ...
-
Medan Planning Trip 20.9.2016-24.9.2016 Peta Indonesia Kota Medan adalah ibu kota provinsi Sumatera Utara , Indonesia . Kota ini me...