Thursday 16 February 2012

Ziarah ke Cebu Dan Manila Philipine Februari 2012

Ziarah ke Phillipines

Day 1 16.2.2012

Peta Philippines


Holiday pertama pada tahun ini saya dan dua rakan sekerja memilih untuk mengikuti travel agent,saja nak rasa ..

Kami tiba di Lapangan Terbang Clarke pada jam 5.10 petang.Time zone Malaysia dan Philippines sama saja travel agent kami menggunakan flight AirAsia.
Setelah urusan immigration selesai kami mengambil luggagedan  keluar ke arrival hall seorang tour guide tempatan telah menanti rombongan kami seramai 42 orang..bestnya..tak payah pusing-pusing cari bas atau taksi .

Dalam bas kami di beri penerangan perjalanan menuju ke bandar Manila memakan masa lebih kurang  45 minit tapi memandangkan kami tiba pada masa puncak ramai kakitangan kerajaan dan budak sekolah balik kemungkinan kami akan tiba di hotel pada jam 7-8 malam..
hujan gerimis menyambut ketibaan kami
Welcome  to Diosdado Macapagal International Airport Clarke 






Tiba di  Eurotel Hotel Pedro Gil Manila pada jam 7.50pm,selesai urusan check in dan membersihkan diri kami berlima menuju ke shopping mall berhadapan dengan hotel kami.Ketat sungguh pemeriksaan polis dan tentera sebelum masuk ke dalam shopping mall, beg dan kasut di periksa jika ada membawa letupan bom..gitu la ceritanya bila saya bertanya dengan orang tempatan semasa berbaris memasuki shopping mall tersebut.

Tujuan utama masuk mall ini nak cari makan malam.Makanan di sini pelbagai dan jika di lihat pada menunya amat menyelerakan,namun di ingatkan setiap menu ada hirisan daging b*bi.Pandai-pandai lah kau orang memilih...Balik hotel,mandi dan tidur.


Day 2-Manila to Cebu


Seawal pagi kita orang bertolak ke Manila Airport untuk ke Cebu City..dalam bas sempat tidur lagi,breakfast yang di sediakan oleh pihak hotel iaitu nasi dengan ikan goreng serta tempe kami makan sebelum masuk ke ruang ketibaan.

dari international hall menuju ke domestic hall memakan masa 15 minit perjalanan :).Jalan kaki yuk



ini flight kami jam 6.05am pagi...


Kami selamat tiba di airport Cebu dan rombongan kami juga di nantikan oleh guide tempatan..peramah orangnya..dari airport Cebu menuju ke bandar Cebu memakan masa selama 40 minit.

Kami tidak turun ke bandar sebab perlu meneruskan perjalanan ke Basilica del Santo Nino de Cebu,The Kiosk Of Magellan's cross,Cebu Metropolitan cathderal,Church Of Our Lady Guadulape.


Magellans Cross
Cebu Metropolitan Church


Kami di hantar balik ke hotel Fortuna Cebu pada sebelah petangnya.Jom lihat hotel dan bilik.



Image result for hotel fortuna cebu
superior twin room

jam 7pm beberapa orang dari kami keluar ke mall lagi untuk mencari makan malam yang lain tu makan di restaurant hotel.Pakaian di mall ini murah dan harga berpatutan.

Day 3-Cebu city

Selesai breakfast kami terus menuju ke arah bas, perjalanan hari ini di teruskan menuju ke Lindogon Simala Sibonga -Monastery of the Eucharistic-The Blessed Virgin Mary shedding Tear lebih kurang 3 jam  perjalanan.



Sangat cantik dan sangat berbaloi datang ke tempat ini..:)







Suatu hari nanti saya hendak datang ke sini lagi bila?? saya sendiri tidak tahu :(




 Tempat yang sangat cantik serta mendamaikan di jaga oleh biarawati,kita boleh merasa suasana yang sangat damai dan menghilangkan tekanan.Di dalam Church kita akan menemui testimonial orang yang sudah di sembuhkan melalui doa  dan juga karier mereka.

Saya sempat bertanya kepada peniaga semasa membeli cenderahati di tepi jalan dan ini jawaban pertanyaan saya  di antara penduduk di sana yang berniaga..

  Untuk sampai ke Simala perlu menggunakan transport awam seperti bas sebab murah.Jika kita berada di Cebu city kita perlu ambil bas dari Cebu City South Terminal dan naik bas ke Bato-Oslob atau pergi ke City Link dan ambil v-hire ke Sibongga.Jangan lupa beritahu pada konduktor bas kamu akan pergi ke Simala dan bas akan menurunkan kamu di corner jalan raya tapi kena ambil motosikal atau habal-habal yang akan membawa kamu ke Shrine.Kamu boleh berjalan kaki tapi sangat jauh dan matahari sangat terik boleh menggelapkan kulit kamu yang putih..usik peniaga tersebut.Tambang dari Cebu city 100 peso one way dan 500 peso untuk sampai di Shrine.Paling baik datang awal pagi sebab tak ramai orang.


Selesai ziarah di Simola kami singgah makan di restoran  di sana lunch sendiri bayar saya ambik nasi,sayur terung dan ikan goreng semuanya peso 180.00.Perjalanan di teruskan menuju ke kedai kilang kasut Cebu..murah?? ya memang murah..habis shopping kasut kita orang pun balik hotel..Lepas mandi kita orang berlima keluar lagi menuju shopping complex yang lain cari makan..





Day 4~Cebu City to Manila Airport


Selepas breakfast kami semua di arah beredar masuk ke dalam bas dan semua beg kami telah di hantar ke dalam bas..bagusnya ikut pakej cuma terasa penat sebab perlu bekejar ke satu tempat dan terpaksa bangun awal pagi kalau tak bye-bye oleh tour guide dan  driver bas.

Rombongan kami tiba di Manila airport pada jam10 pagi dan langsung di jemput oleh guide kelmarin lepas.Perjalanan di teruskan menuju ke Kamay Ne Hesus healing Church di Lucban kira-kira 3 jam perjalanan






Noah Ark




lunch kita orang dalam Noah ark..pertengahan masa makan rasa mual..kenapa?? apa sebab..ada anak lipas di antara sudu dan garpu saya :'(..kuat kan semangat..kita berada di negara orang..

Habis lunch kita balik ke Manila untuk  city tour dan shopping-sakan,balik ke Eurotel Hotel mandi dan keluar lagi menuju ke shopping complex untuk dinner.

Day 5~Manila-Clarke-BKI


Ini sebahagian gambar Eurotel Hotel Manila..jom layan




hotel yang agak selesa


Perjalanan di teruskan menuju ke Clarke dan singgah lagi ke shopping complex di Clarke untuk lunch dan menghabiskan peso yang ada..berdasarkan cerita guide kita orang di clarke ramai gadis-gadis yang berkahwin dengan lelaki mat salleh dan lokasi surga wanita bagi lelaki di dunia..









Rombongan kami selamat tiba di negeri di bawah bayu pada jam 8.oo malam..Sayonara sampai ketemu lagi..Perjalanan saya di sini membuat saya terpegun dengan keceriaan mereka menghadapi hidup sehari-hari di dalam penuh kekurangan dan yang pasti mereka mengajarkan saya betapa pentingnya rasa bersyukur.









































































































































































































































































































































































































Travel masa pandemik Covid19 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

 Tarikh 3 August 2020   Perjalanan dari KKIA menuju ke KLIA2 Kaunter self check in  sebahagian tidak berfungsi,balik-balik scan tak dapat ak...